JENAMA minyak pelincir Pertamina kini mengembangkan sayapnya ke pasaran tempatan dengan menawarkan pelbagai produk bagi pilihan pengguna kenderaan di negara ini.
Mula dipasarkan sejak 2014 oleh pengimport dan pengedar eksklusif di Malaysia, Yasmin Jurumuda Sdn Bhd. Yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam pengedaran minyak enjin di negara ini melalui anak syarikatnya, My FLexitank Industries.
Jenama Pertamina sesuai untuk pelbagai jenis motosikal dan kereta. Ia menawarkan rangkaian cecair dengan kelikatan yang berbeza daripada varian separa dan sintetik penuh pada harga berpatutan serta memenuhi piawaan antarabangsa.
“Bilangan pengguna motosikal makin bertambah dan kami menawarkan minyak enjin motosikal berkuasa rendah serta tinggi.
“Kami juga menawarkan minyak enjin untuk kenderaan penumpang biasa serta yang berprestasi dan mewah seperti ‘super car’,” katanya.
Antara kelebihan produk dari jenama utama Indonesia itu adalah membantu mengurangkan geseran pada enjin.
Pertamina yang menduduki kedudukan ke-13 jenama terbaik petroleum dunia juga mempunyai unit kajian dan penyelidikan (R&D) terbaik dalam menghasilkan produk yang memenuhi keperluan semasa.
Selain kenderaan, ia juga menyediakan bahan pelincir untuk enjin industri jentera berat dan komersial. Serta menyasarkan jualan 150,000 ke 200,000 liter untuk tahun ini bagi semua produk yang ditawarkan.
Minyak kenderaan ditawarkan pada harga RM65 hingga RM226 bagi empat liter. Dan minyak enjin motosikal daripada RM16 hingga RM58 bagi satu liter bagi pasaran tempatan.