Utama Berita Automotif Ke Mekah dengan ‘Unta Kurus’ – Ford Ranger 2.5 WLT
Mekah

Ke Mekah dengan ‘Unta Kurus’ – Ford Ranger 2.5 WLT

2959

Pasangan suami isteri dari Shah Alam memilih satu kelainan untuk mengerjakan haji di Mekah dengan memandu sendiri ke destinasi tersebut.

Menurut portal berita Says.com yang memetik laporan akhbar New Straits Times, Adnan Abdullah dan isteri, Hadibah Idris memulakan perjalanan mereka pada 2 Mei lalu. Dengan memandu sebuah Ford Ranger 2.5 WLT yang telah diubah suai dan diberi jolokan ‘Unta Kurus’.

“Apabila ditanya kenapa kami tidak terus menaiki penerbangan, saya hanya berkata. Saya lebih suka merasai cara yang susah’,” kata Adnan dalam artikel tersebut.



Difahamkan, pasangan yang mempunyai lima orang anak ini secara purata memandu sejauh 500km sehari. Melalui negara Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan dan dijangka tiba di Mekah pada Ogos depan.

Kenderaan pacuan 4 roda tersebut direka dan diubah suai sendiri oleh Adnan.

Dan sepanjang ‘kembara’ ini, pasangan ini turut ‘disokong’ oleh anak-anak mereka – Syrrusilah, Syrrunnaja, Syrrulfarah dan Syrrushaqwa.

Syrrusilah bertanggung jawab mereka sistem tenaga solar yang digunakan pada ‘Unta Kurus’. Manakala Syrrunnaja yang bertugas sebagai seorang doktor, bertanggung jawab terhadap bekalan ubatan.

Bagi Syrrulfarah and Syrrushaqwa, mereka memainkan peranan sebagai ‘pengurus’ yang menyelesaikan segala urusan dokumentasi dan kewangan. Termasuk berhubung dengan pihak berkuasa.

Namun, menurut laporan portal itu, permohonan visa haji pasangan tersebut yang dibuat melalui Tabung Haji tidak berjaya, dan mereka akan membuat permohonan semula.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here