Rupanya ini cara Kim Jong Un dapatkan Mercedes kalis-peluru

2395

Korea Utara masih disekat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari mendapatkan barangan mewah. Namun pemimpinnya, Kim Jong Un, yang memiliki kenderaan-kenderaan mewah memberikan tanda tanya bagaimana dia memperolehnya.

Terbaharu, Kim Jong Un itu dilihat bersama limosin Mercedes-Benz S600 Guard dan Mercedes-Maybach S62.



April lepas, Associated Press bertanyakan kepada Daimler mengenai pemilikan dua limosin Kim itu. Tetapi, syarikat Jerman itu tidak tahu menahu tentang pembelian oleh pemimpin Korea Utara itu.

Menurut Carscoops, kini telah terdedah bagaimana limosin kalis-peluru itu boleh sampai ke negara itu. Siasatan oleh New York Times mendapati, kenderaan-kenderaan itu mula dihantar dari pelabuhan di Rotterdam, Belanda untuk penghantaran melalui kapal.

Setelah 41 hari di laut, ia tiba di China dan kemudian dihantar ke Jepun menggunakan kapal berbeza. Ia kemudian dipindahkan sekali lagi ke Korea Selatan melalui kapal berbeza.

Dari sana, limosin itu dipindahkan lagi ke kapal Rusia dimana sistem pengesan navigasi kapal itu dimatikan dan kapal itu kemudian tiba muncul di Vladivostok, Rusia.

Pada hari yang sama, sebuah pesawat diterbangkan dari Korea Utara dan ditugaskan untuk mengambil kereta-kereta itu.

Jadi, begitulah “selok-belok” bagaimana dua kereta mewah itu diperoleh oleh Kim. Kami jangkakan laluan begitu sengaja dipilih untuk meyukarkan kerja mengesan dan mungkin dokumen dan surat-menyurat akan ditukar sepanjang proses penghantaran dibuat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here