Nissan LEAF berkemampuan lagi canggih tapi ramai tak tahu

2106

DALAM tempoh lima tahun lalu, jualan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) di peringkat global meningkat sebanyak 23 kali ganda dengan 37 peratus pengguna di Asia Tenggara kini mula menimbangkan untuk membeli EV sebagai kereta mereka pada masa akan datang.

Baru-baru ini, Nissan yang menjalankan satu kajian berkenaan “Masa Depan Kereta Elektrik di Asia Tenggara” yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, menunjukkan bahawa satu pertiga daripada pengguna di Asia Tenggara terbuka untuk membeli kenderaan elektrik tetapi wujud keraguan untuk memilikinya.

“Di seluruh rantau ini, kita sentiasa mendengar orang ramai sukakan idea EV. Namun, ramai yang mungkin tidak faham bagaimana EV boleh memenuhi keperluan dan asas penggunaan kenderaan mereka.



Sebagai pengeluar automotif pertama di dunia yang menghasilkan kenderaan elektrik dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam teknologi automotif ini, kami mahu membantu meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini,” kata Naib Presiden Kanan Serantau Nissan Asia & Oceania, Yutaka Sanada.

Persoalan dan mitos paling biasa yang diajukan mengenai EV adalah berkaitan pengecasan, jarak, pemanduan dan pemilikan.

Hari ini, Nissan dan ETCM akan berkongsi maklumat mengenai EV iaitu pengecasan, jarak, pengamalan memandu EV dan pemilikan.

Bagi pengecasan EV, terdapat tiga pilihan mengecas iaitu Pengecas Outlet Standard yang memerlukan

masa mengecas lebih 13 jam, Wall Box Charger yang lebih pantas berbanding pengecasan daripada soket biasa dan CHAdeMO Quick Chargers.

Nissan LEAF serba baharu hadir dengan 6.6kW Wall Box Charger yang mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk kereta dicas penuh.

Ini adalah pilihan terbaik untuk pemilik EV kerana mereka boleh memasang soket dan mengecasnya sepanjang malam apabila pulang ke rumah.

Untuk jarak EV yang menjadi satu lagi kebimbangan mereka yang ingin memiliki kereta elektrik, namun usahlah bimbang kerana kemajuan teknologi, jarak median kenderaan elektrik telah meningkat sebanyak 56 peratus.

Kebanyakan pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang dari 80 kilometer (km) sehari. Jarak itu boleh dicapai dengan mudah menerusi satu kali caj pada kebanyakan EV pada hari ini.

Justeru, Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh lithium-ion baharu mampu menawarkan jarak perjalanan purata sejauh 311 km. Berdasarkan kepada mod ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (NEDC).

Nissan LEAF bukti keupayaan

Bagi pengalaman memandu EV pula, timbul salah anggapan mengenai jurang prestasi di antara EV dan kenderaan biasa, selain wujud kebimbangan EV tidak dapat memecut dengan sewajarnya.

Kenderaan dengan enjin 2.0L secara purata mampu menawarkan kuasa maksimum 150PS dan tork 200Nm.

Sedangkan Nissan LEAF dengan rangkaian kuasa-e baharu berupaya mencapai kelajuan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.9 saat bersama pecutan maksimum lebih 150km/j.Nissan LEAF

Malah, pek bateri Nissan LEAF diletakkan di bahagian tengah badan kereta untuk titik graviti lebih rendah. Yang membolehkan pengendalian mantap dan kestabilan ketika dipandu laju di selekoh.

Untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengujakan di laluan tidak lurus, Nissan LEAF serba baharu turut dilengkapi teknologi e-Pedal yang pertama di dunia.

Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahan dan memberhentikan kenderaan secara intuitif menggunakan satu pedal saja.

E-Pedal membantu mengurangkan keperluan pergerakan dari satu ke satu pedal, seterusnya membuatkan pemanduan lebih mudah dan mengujakan.

Nissan LEAF serba baharu juga jauh lebih senyap berbanding kereta konvensional, sekali gus memberi pengalaman bergerak dalam keadaan lebih tenang kepada pemandu dan penumpang.

LEAF

Tanpa paip eksoz, Nissan LEAF tidak mengeluarkan sebarang emisi.

Keselamatan menjadi satu lagi ciri yang membolehkan Nissan LEAF serba baharu memperoleh penarafan 5 bintang oleh JNCAP 5 (Program Penilaian Kenderaan Baharu Jepun).

Nissan LEAF dibina bersama teknologi Safety Shield yang sentiasa menjaga anda dengan cara memantau, memberi maklum balas serta membantu memastikan keselamatan anda dan penumpang.

Ia merangkumi Intelligent Forward Collision Warning (FCW); Intelligent Forward Emergency Braking (FEB); Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD); Intelligent Driver Alertness (I-DA); Intelligent Ride Control; Intelligent Trace Control; Hill Start Assist; Anti-Lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA); Vehicle Dynamic Control; dan Electronic Braking Distribution.

Nissan LEAF juga dilengkapi dengan 6 beg udara SRS.

Bagi pemilikan EV pula, kereta yang dikuasakan oleh bateri mengurangkan perbelanjaan ke atas bahan api dan penyelenggaraan.

Memandu Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh, ia hanya menelan belanja RM20.647 untuk setiap caj penuh.

Justeru, kos untuk setiap kilometer adalah sangat rendah iaitu 7.8 sen.

Kos penyelenggaraan dan servis juga boleh dikira rendah untuk EV kerana Nissan LEAF hanya memerlukan perkhidmatan penyelenggaraan untuk setiap 20,000 km. Justeru mengurangkan kesulitan dan pemilik boleh meluangkan lebih banyak masa untuk sendiri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here