Saga terus gemilang di malaysia

2275

Karya terbaik Proton dan menjadi model ikonik yang terus jadi bualan ramai, pengamal industri POPULARITI dikecapi Proton Saga sejak dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed 34 tahun lalu sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Dianggap sebagai model ikonik Proton, pelancaran Saga generasi pertama ketika itu begitu pantas memikat hati berjuta pengguna di Malaysia.

Meskipun sudah tiga dekad lamanya mewarnai industri automotif tempatan, hingga kini Proton Saga masih kekal sebagai salah satu karya terbaik oleh pengeluar kereta nasional itu.



Memasuki generasi ketiga, Proton Saga baharu yang dilancarkan pada tahun 2016 menerima banyak penambahbaikan dari setiap aspek pembinaan. Ia jauh lebih baik berbanding model generasi terdahulunya seperti Saga FLX.

Hakikatnya, Proton Saga kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia, semuanya pasti bersebab. Tidak keterlaluan penulis katakan, Saga masih menjadi kereta paling popular dalam rangkaian Proton.

Langkah tepat

Terdapat pelbagai sebab yang menjadikan Saga kekal sebagai salah satu model terlaris dalam barisan kereta Proton. Pertama, Saga ialah sebuah model dengan harga berpatutan. Kos pemilikannya rendah menjadikannya pilihan utama sebagai kereta pertama pembeli. Boleh jadi juga ia sebagai kereta tambahan kedua atau seterusnya.

Namun, paling penting ialah kelebihan dari segi kos penyelenggaraannya. Model itu dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT yang sangat cekap yang mana ia terbukti pada tahun 2018 ketika acara cabaran 1 Tank Adventure dianjurkan.

Kecemerlangan Proton

Untuk mengekalkan prestasi mantap, sudah tentulah memerlukan sedikit penjagaan rapi. Pusat cawangan servis Proton 3S/4S yang diiktiraf tersedia di seluruh negara.

Tidak perlu risau perkhidmatan jualan dan selepas jualan. Yang pasti, ia mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan untuk memastikan para pelanggan mendapat pengalaman pemilikan premium.
Saga

Dengan sistem GCPA itu, Proton dapat mengenal pasti dan membetulkan sebarang kemungkinan isu berkaitan reka bentuk. Kualiti alat-alat ganti dan aspek pembuatan kenderaan dipastikan sebelum ia dihantar ke bilik pameran.

Sebuah kereta untuk semalam, hari ini dan selamanya. Sebagaimana Proton yang kini bergerak ke arah masa hadapan yang cerah bersama Geely, pembaharuan terhadap model-model semasa giat dilakukan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here