Sesi tunggang uji bagi mencuba dan mengenal model Kawasaki Z250(ABS) dan Z400(ABS) telah diadakan di Bangikepada pengamal media permotoran di Golf Resort baru-baru ini.
Z400 ABS
Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah melancarkan model ini pada april lepas.
Selain dari Z250(ABS) dan Z400(ABS),kami juga berpeluang menguji Kawasaki Vulcan 900.
Sesi tunggang uji untuk mengenal model Kawasaki Z250 ABS dan Z400 ABS terbahagi kepada dua, iaitu sesi untuk media dan sesi untuk wakil penjual sah kawasaki.
Taklimat tentang Z250(ABS) dan Z400(ABS) diberikan oleh pakar teknikal Kawasaki sebelum tunggang uji.
Laluan yang digunakan agak mencabar.Terdapat selekoh pendek dengan permukaan jalan yang tidak rata serta berpasir.
Laluan yang memberikan peluang menguji sistem brek, kawalan,suspensi dan kemampuan motosikal.
Peluang memecut juga terhidang apabila memasuki fasa kedua dilaluan Putrajaya yang luas dan trafik yang lengang.
Setiap pengamal media diberi peluang bertukar motosikal dari Z250(ABS) kepada Z400(ABS) semasa sesi tunggang uji tersebut.
Kawasaki Media Ride ini bukanlah ujian sebenar kami terhadap varian Z tersebut.Ini adalah sekadar mencuba dan mengenal varian Z yang terkini di pasaran .