AOS 2019: Menangi Hot Wheels kustom edisi terhad dengan Petronas

3099

Petronas selaku penaja utama pamera budaya kustom, Art of Speed, menawarkan beberapa perkara menarik di ruang pamerannya sepanjang hujung minggu ini seperti Petronas hot wheels.

Petronas menawarkan 200 unit model Hot Wheels edisi terhad yang di”kustom” khas oleh Krome Bandits (tukang kustom tempatan). Model-model itu terdiri daripada Honda Civic Type-R, Mazda RX-7, Ford Mustang Shelby GT500 dan Lamborghini Reventon Roadster.



Imej: Paultan.org

Model-model ini ditawarkan kepada pemegang Kad Mesra dan dijual pada harga RM200 sebuah. Ia terhad kepada siapa cepat dia dapat, dan terhad kepada dua unit sahaja untuk setiap pembelian yang dilakukan.

Petronas juga menawarkan Gift Card bernilai RM30 yang jika didaftarkan semasa acara itu, melayakkan pemegangnya menyertai cabutan bertuah. Antara hadiahnya adalah tiga lagi unit Hot Wheels kustom oleh Krome Bandits, iaitu model Mercedes-AMG GT.

Terdapat juga motosikal-motosikal yang menjadi hadiah untuk peraduan Petronas Sprinta Bonanza 2019, iaitu Yamaha Y15ZR, Yamaha R25 dan hadiah utama Yamaha R6. Kesemua model ini mendapat livery Petronas Sprinta serta beberapa aksesori khas.

Peraduan ini masih dibuka kerana pada masa artikel ini ditulis, masih ada tiga unit Y15ZR untuk dimenangi, tiga unit R25 dan satu unit R6 yang akan menjadi hadiah utama.

Layari https://www.facebook.com/PETRONASSprintaMalaysia/ atau https://sprintabonanza.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here