Ini peluang anda untuk menangi 9 buah kenderaan Honda!

2872

Honda Malaysia mengadakan kempen Road To 900,000th Unit Milestone Campaign dan menangi 9 buah kenderaan Honda untuk rakyat Malaysia bertuah.

Kempen ini diadakan bagi meraikan kejayaan syarikat itu mencapai unit jualan 900,000 untuk suku ketiga 2019.



Kempen ini dijalankan di semua 90 wakil pengedar Honda di seluruh negara melalui kembara dari Ogos hingga September 2019.

Semua rakyat Malaysia layak menyertai kempen ini. Hanya daftarkan maklumat diri anda melalui kod QR atau layari laman web kempen.

Kemudian anda hanya perlu ke wakil pengedar Honda berdekatan dan ambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan untuk mendapat tiket. Antara aktivitinya adalah mengenalpasti dan mengambil gambar lencana Honda tersorok, memandu uji model Honda dan menghantar servis kereta Honda di pengedar sah.

Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftar Honda mereka dari 1 Ogos hingga 22 September 2019 turut layak mendapat tiket. Lebih banyak tiket dikumpul, lebih tinggi peluang menangi 9 buah kenderaan Honda.

Model yang ditawarkan untuk dimenangi termasuklah Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Untuk mendaftar, layari laman web honda.com.my/microsite/900k atau laman Facebook di https://www.facebook.com/hondamalaysia/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here