AHari ini semasa acara Karnival Gen Blu di MAEPS, Serdang, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan satu edisi baru untuk Y15ZR dan NVX 155 yang dikenali sebagai Doxou.
Dua model ini boleh didapati bermula pertengahan bulan Ogos ini, dengan harga RM8,868 untuk Y15ZR Doxou, manakala untuk NVX 155 Doxou harganya masih belum disiarkan.
Peminat dua motosikal ini tentu sudah kenal dengan versi Doxou kerana ia sudah dilancarkan sebelum ini di Vietnam dan juga Indonesia awal tahun lalu. Malah, di Malaysia sendiri ramai yang sudah menggunakan kit badan Doxou kerana ada penjual yang membawanya dari dua negara tersebut (kit tiruan juga sudah ada).
Keistimewaan model Doxou adalah ia menggunakan grafik warna utama biru matte yang diserikan lagi dengan warna seperti tembaga kemerahan. Lebih unik, rimnya juga berlainan warna iaitu biru muda di belakang dan hitam dengan jalur biru di hadapan.
Kemudiannya terdapat beberapa jalur dan tulisan Doxou itu sendiri pada badan motosikal. Selain daripada itu, bahagian mekanikal dua model ini masih lagi sama dengan Y15ZR dan NVX155 standard.
Yamaha Y15ZR
Yamaha Y15ZR Doxou dijual pada harga RM8,868 tetapi harga NVX 155 Doxou masih belum diumumkan. Edisi ini boleh mula didapati pada pertengahan bulan ini.
Edisi Doxou untuk kedua-dua motosikal memberikan grafik khas berwarna biru matte dengan kombinasi warna tembaga kemerahan.
Yamaha NVX 155
Terdapat juga set hadiah dan aksesori khas Doxou yang merangkumi fon kepala, rantai kunci dan sijil dengan keterangan enjin dan casis motosikal.
Selain dari itu, tiada perubahan mekanikal dilakukan kepada kedua-dua motosikal. Yamaha Y15ZR tetap dipacu oleh enjin 150cc SOHC dengan 15.4hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm tork pada 7,000rpm. Enjin ini dipadan dengan transmisi lima kelajuan.
Yamaha NVX 155 pula menggunakan enjin 155cc silinder tunggal yang menghasilkan 14.8hp pada 8,000rpm dan 14.4Nm tork pada 6,000rpm. Transmisi adalah jenis CVT.