Proton Saga Aeroback diinspirasikan dari Toyota AE86 Trueno Initial D

7962

Sambil skrol timeline Facebook ni macam-macam benda boleh jumpa. Terbaharu, kami terjumpa satu benda menarik, iaitu Proton Saga Aeroback dimodifikasi ala Toyota AE86 Trueno.

Atau ianya Toyota AE86 menyerupai Saga Aeroback? Pening.



Menariknya, ia turut mengambil inspirasi Toyota AE86 Trueno Initial D melalui skim warna pada pelekat badannya.

Perkongsian ini dibuat oleh Marcus Dick melalui Group di Facebook, iaitu That’s not an AE86 Bro. Ruang Group ini ialah tempat dimana pengguna berkongsi kereta-kereta yang menyerupai Toyota AE86, tapi sebenarnya bukan AE86 sebenar.

Disebabkan gambar ini dilihat seperti diambil di Eropah, kami percaya Saga Aeroback ini adalah versi eksport UK-spec atau yang seangkatan dengannya.

Ini disokong oleh sepasang lampu kabus belakang di bampar belakang, yang merupakan antara komponen wajib bagi model eksport di sana.

Antara perincian lain pada Proton Saga Aeroback inspirasi AE86 ini adalah pelekat tulisan syarikat penghantaran tofu di pintu depan kiri dan kanan serta pelekat Akina Speed Stars di bahagian kiri penutup but.

Oh dan lagi satu, gambar ini dijumpai pada 6 Ogos, iaitu semasa hari pelancaran Proton Saga 2019 facelift di Malaysia dan hari 86 sedunia (August 6). Kebetulan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here