Berkuasa Dan ABS – Kawasaki Z 250 2019

3092

Kawasaki Z 250 2019 (ABS) dibina berasaskan model Ninja 250 (2018). Rupa tidak banyak beza dengan model terdahulu. Bermain di minda Tester andai model sebelumnya sudah sempurna,kenapa perlu adanya versi  terkini,tentu ada sebabnya?

Boleh dikategorikan model permulaan bagi mereka yang mula berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi. Atau buat mereka yang inginkan sesuatu yang pantas serta ekonomi untuk berulang alik ke tempat kerja.



Mungkin juga kepada mereka yang inginkan versi “Naked”, kawalan yang mudah serta motosikal ringan.

Terdapat banyak pembaharuan terutama rekabentuk enjin baharu, di mana peningkatan kuasa puncak kepada 39hp@12,500rpm.

Namun bagi motosikal “Naked” jelas kuasa maksimum dihadkan kepada 36.5hp dan tork maksimum dikekalkan 23.5Nm@10,000rpm.

Tidak dinafikan dalam segmen kelas 250cc, harga dan keupayaan motosikal dalam menghasilkan kuasa menjadi topik perbualan dan perkiraan pembeli di negara kita.

RM21,998 itu harga yang di tawarkan semasa pelancaran pada bulan April sewaktu pelancaran.

Z 250 2019(ABS) dengan enjin 4 lejang bersesaran 249cc DOHC. Tester sempat
tunggang uji model ini selama 3 hari. Rekaan yang tampak lebih menarik dan anggun.

Reka bentuk

Lampu depan dan belakang adalah LED. Panel meternya sama seperti model Z650 cukup mudah membantu penunggang.

Jangan terkejut, tangki minyaknya hanya berkapasiti 14 liter sahaja iaitu kurang 3 liter dari model terdahulu. Adakah mencukupi untuk perjalanan jarak 150km?

Usah risau, motosikal ini terbukti penjimatan bahan bakarnya. Tapi bakal pemiik Z250 2019 (ABS) mungkin agak lega, minyak pelincir hanya 2 liter sahaja berbanding versi sebelumnya iaitu 2.4 liter.

Apa yang cukup menarik semasa sesi tunggang uji ialah kestabilan model ini khususnya ketika mengambil selekoh, suspensi depan dan belakang memainkan peranan yang terpuji.

Walaupun Z250 2019(ABS) ringan, namun sewaktu pecutan Tester tidak merasakan sebarang gegaran.

Setiap motosikal ada kelebihan dan ada kelemahannya. Begitu juga dengan model Z250 2019(ABS). Terdapat 2 perkara yang merimaskan.

Pertama kedudukan ekzos yang terlalu mendongak keatas. Kedua respon dari pendikit agak lembap

Kedudukan ekzos agak menggangu terutama pada tumit kaki sebelah kanan. Penunggang akan terasa tumit bergesel dengan ekzos apabila kaki digerakkan ke belakang. 

Tester dapat rasakan kedua isu ini boleh diperbaik lagi oleh Kawasaki demi mantapkan lagi model keluaran mereka.

Namun kedua isu tersebut bukan lah isu yang besar malah tidak menjejaskan kelancaran Z250 2019 (ABS) yang di gerakkan dengan 6 gear ini.

Kesimpulannya Kawasaki Z 250 2019 ini boleh dipuji dan menepati sasaran kepada mereka yang inginkan penjimatan.

Pilihan yang tepat untuk berulang alik ke tempat kerja, pengendalian yang mudah serta menjimatkan masa.

Nampaknya peminat motosikal “Naked” mampu tersenyum dengan kehadiran Z250 2019(ABS) baharu. Model ini dikatakan paling laju dalam kelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here