MINI sambut ulangtahun ke-60 dengan Cooper S istimewa

3068

Sebagai jenama automotif ikonik premium, kenderaan Mini Cooper terkenal dengan ciri pemanduan ala go-kart serta rekaan yang tampil unik.Untuk itu, bersempena sambutan ulang tahun ke-60, Mini Malaysia memperkenalkan Edisi 60 Tahun dengan ciri eksklusif untuk pasaran tempatan yaitu Mini Cooper S.

Terhad kepada 60 unit saja, ia didatangkan dalam warna hijau ‘British Racing’ dengan bumbung dan cermin sisi padanan berwarna putih.



Selain hijau, turut ditawarkan ialah pilihan warna ‘Melting Silver’ dengan bumbung hitam serta jaluran halus putih dan ‘British Oak’ menyerlahkannya sebagai model edisi terhad.

 

Komponen bahagian luaran untuk model ini ialah penutup sisi dengan logo 60 tahun, logo projektor pada cermin sisi, spoiler belakang serta set roda aloi 17 inci dua tona dan jalur pada bonet.

Bagi bahagian dalaman dengan ambang pintu logo 60 Tahun, stereng kulit ‘Walknappa’, ruang dalaman kulit berwarna ‘Mini Yours Lounge 60 Years Dark Maroon’ benar-benar membezakannya daripada model standard yang lain.

Mini Cooper S dilengkapi enjin 2.0 liter Mini TwinPower Turbo yang menjana kuasa kuda 192 hp dan tork maksimum 280Nm dengan kelajuan tertinggi 235 kilometer/sejam (km/j).

Menerusi kotak gear transmisi tujuh kelajuan DCT Steptronic, ia mampu memecut dari sifar ke 100km/j dalam masa 6.7 saat serta mencatat penggunaan bahan api sekitar 5.5 liter untuk setiap 100km.

Tiga mod pemanduan iaitu Green, Mid dan Sport adalah ciri standard model Mini. Pakej Mini Excitement membolehkan pemandu mengawal pencahayaan dalaman dengan 12 pilihan warna.

Untuk pasaran Malaysia, Mini Edisi 60 tahun dijual pada harga RM255,888 dengan jaminan empat tahun tanpa had perbatuan serta servis berjadual percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here