John McPhee lanjut kontrak sehingga 2020

1059

Pasukan Moto3 Petronas Sprinta Racing Team melanjutkan kontrak pelumba Scotland, John McPhee untuk musim 2020 susulan persembahan konsisten dalam beberapa perlumbaan MotoGP Dunia, musim ini.

McPhee, 25, menandatangani kontrak di Silverstone menjelang perlumbaan Grand Prix Prix (GP) British, esok.



Musim pertama bersama pasukan itu, John McPhee menghadiahkan kemenangan pertama pasukan itu di GP Perancis dan tempat ketiga di GP Austria, sekali gus muncul sebagai pelumba pilihan untuk memburu gelaran Moto2 musim depan.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, dalam kenyataan, berkata, McPhee membuktikan sebagai pelumba profesional yang mampu memberi saingan di setiap litar dan tujuan mengekalkannya adalah untuk memburu kejuaraan.

Sementara itu, McPhee bersyukur kerana pasukan itu memberikan peluang sekali lagi dan teruja untuk memberikan lebih banyak keputusan cemerlang untuk pasukan.

“Saya kini mempunyai tugas untuk diselesaikan dan di akhir musim ini, tumpuan ke arah itu tetapi saya juga sangat teruja untuk melihat kepada masa depan.

“Ini kali pertama dalam kerjaya saya terdapat kesinambungan dan ia bagus untuk pasukan, untuk diri saya dan juga keputusan untuk pasukan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here