Peugeot 3008 dan 5008 versi CKD diperkenal dengan ciri baharu

3264

Peugeot 3008 SUV Plus dan Peugeot 5008 SUV Plus telah dilancar oleh Nasim Sdn Bhd. Kedua-dua SUV bergaya itu kini dipasang di Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun.

Pemasangan CKD ini merupakan hasil kerjasama yang dimeterai pada 2018 oleh Naza Group dan Groupe PSA. Ia juga menjadikan NAM Gurun sebagai hab CKD untuk Asia Tenggara bagi kenderaan stereng kanan (RHD) dan kiri (LHD).



 

Peugeot 3008 merupakan SUV 5-tempat duduk, dengan varian Active berharga RM150,888 dan Allure berharga RM163,888.

Untuk yang memerlukan SUV 7-tempat duduk, 5008 untuk anda. Harganya adalah RM166,888 untuk Active dan RM179,888 untuk Allure.

Walaupun berbeza saiz dan bentuk badan, kedua-dua SUV sama dari segi mekanikal. 3008 dan 5008 mendapat enjin 1.6-liter Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan 167PS dan 240Nm tork. Transmisi pula adalah automatik 6-kelajuan dengan Quickshift Technology dan paddle-shifter.

Kelengkapan luaran kedua-dua kereta adalah sama. 3008 dan 5008 Active menerima lampu depan halogen auto dengan signal LED, lampu belakang “claw effect” LED, pengesan parkir belakang dan kamera undur.

Varian Allure ditambah dengan lampu depan LED penuh, lampu kabus LED, pengesan parkir depan, bumbung suria panoramic dan pintu belakang berkuasa.

Di dalam kabin pula, Peugeot i-Cockpit yang futuristik masih standard untuk semua varian. Ia menampilkan paparan kluster instrumen digital 12.3-inci dan sistem infotainment dengan skrin sesentuh 8-inci.

Terdapat ciri baharu pada paparan instrumen iaitu gaya grafik Onyx, mod Driving Assistance dan mod Personal.

Tempat duduk 3008 dan 5008 dibaluti kulit Claudia dengan jahitan Graphite atau Goa (bergantung kepada jenis varian).

Ciri keselamatan standard adalah 6 beg udara, Advanced Grip Control dengan 5 mod, Hill Assist Descent Control, Peugeot Hill Start Assist, Electronic Stability Program, ABS, EBD, Brake Assist, Anti-Skid Regulation dan Dynamic Stability Control.

Varian Allure untuk 3008 dan 5008 pula diberikan ciri keselamatan lebih maju. Ini merangkumi Driver Attention Alert, Active Lane Keeping Assist dan Blind Spot Monitoring Assist.

Peugeot 3008 dan 5008 versi CKD ini diberikan pilihan warna badan Nera Black, Pearl White, Amazonite Grey dan Aster Grey baharu.

Terdapat juga warna unik iaitu Metallic Copper untuk 3008 dan Emerald Crystal untuk 5008.

Kedua-dua Peugeot 3008 SUV Plus dan 5008 SUV Plus dilindungi dengan jaminan 5-tahun, servis percuma 3-tahun, dan servis tunda 24-jam Peugeot Assistance.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here