Setelah melihat interior mockup kembali pada bulan Februari yang diikuti beberapa bulan kemudian oleh silhouette kenderaan seperti yang ditunjukkan pada cluster instrumen, Defender Land Rover 2020 kembali dalam rupa bentuk baru yang dilihat dalam paparan pengguna Instagram ‘shedlocktwothousand‘.
Gambar itu ditangkap pada set filem James Bond yang ke-25 berjudul ‘No Time To Die’, jentera yang bereputasi itu tidak mempunyai apa-apa perlindungan pada bahagian badannya yang berkotak itu, dengan ini mendedahkan identiti dan banyak reka bentuknya.
Nampaknya Defender generasi akan datang akan mengekalkan bentuk berkotak sama seperti model yang terdahulu, tetapi dengan kelainan yang jauh lebih moden memandangkan reka bentuk nampaknya lebih selaras dengan model Range Rover semasa. Pusingan asas pada lampu hadapan yang bersifat ‘old skool’ dikekalkan dimana model 2020 akan terus mengguna rekaan lampu tersebut untk memberikan penampilan yang lebih lasak.
Ciri-ciri ketara yang lain termasuk bonet rata (dengan plat-kotak dan sedikit bonjol), winch hadapan, gerbang roda tebal, dan apa yang kelihatan sebagai tingkap Alpine tradisional, walaupun mereka kurang dapat dilihat di sini kerana badan hitam Defender itu. SUV nampaknya sesuai untuk perjalanan lasak dalam tempoh jangka masa yang lama berdasarkan jurang di gerbang roda, manakala permukaan bawah juga kelihatan agak sesuai. Ia juga sesuai untuk beberapa perjalanan luar bandar yang tegar.
Secara keseluruhan, kami berpendapat Defender generasi seterusnya telah meminjam sifat reka bentuk dari konsep DC100 dari beberapa bulan yang lalu, yang mana boleh menjadi perkara baik atau buruk bergantung kepada minat seseorang. Walaupun ia kelihatan lebih canggih daripada yang lama, kami pasti ada yang mahu Land Rover kekalkan lebih banyak dari segi kelebihan dan ketahanan.