Toyota Corolla Altis diperbaharui di Thailand, pilihan hibrid dan GR Sport

2570

Toyota Motor Thailand telah melancarkan Corolla Altis serba baharu dengan tiga pilihan enjin. Untuk pertama kali, Corolla kini boleh didapati dengan hibrid petrol-elektrik di samping pilihan petrol 1.6- dan 1.8-liter.

Semua jenis ini menggunakan transmisi CVT. Harganya adalah dalam lingkungan TBH939,000 (RM129,404) hingga TBH1,099,000 (RM151,454).



Corolla hibrid berkongsi drivetrain sama dengan CH-R iaitu 1.8-liter enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik, menghasilkan jumlah output 122hp. Dua lagi enjin ialah yang sama dengan generasi sebelum ini iaitu 1.8-liter dengan 140hp dan 1.6-liter dengan 125hp.

Varian 1.8 didatangkan dengan kemasan GR Sport yang memberikan kelainan seperti tempat duduk sports, panel instrumen instimewa dan paddle-shifters. Ia menggantikan model Esport pada sebelum ini.

Corolla generasi terbaharu ini dibina di atas pelantar TNGA yang juga telah digunakan oleh CH-R dan sedan Camry. 7 beg udara diberikan secara standard pada semua varian.

Toyota Corolla Altis juga kini mendapat sistem bantuan pemandu canggih iaiatu Toyota Safety Sense, tetapi hanya pada model varian atas. Sistem ini merangkumi blind spot warning, rear cross traffic alert dan parking guidance system.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here