Perwakilan Volvo diperluaskan di bahagian Selatan dengan Pekin Auto

1439

Volvo Car Malaysia baru-baru ini melancarkan bilik pameran baharu mereka di Skudai, Johor bersama rakan kongsi pengedar mereka, Pekin Auto Sdn Bhd.

Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu terletak di luar Johor Bahru dan akan memenuhi standard terkini Volvo iaitu Volvo Retail Experience (VRE). Ianya satu panduan yang memberikan nilai jenama itu yang berinspirasikan Scandinavia.



Pengarah urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, “Jenama kami menekankan aspek manusia, keselamatan dana lam sekitar. Ia lebih dari sekadar kereta – kami komited dalam memastikan pelanggan kami dijaga dalam perjalanan pemilikan mereka.”

Untuk memastikan semua permintaan dan keperluan di zon Selatan itu dapat dipenuhi, pusat 3S baharu itu menampilkan bilik pameran gaya Scandinavia moden yang menempatkan model terkini serta tempat servis yang penuh lengkap.

Bilik pameran itu dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:00 petang dari Isnin hingga Sabtu, dan 9:00 pagi hingga 6:00 petang pada Ahad.

Pusat servis pula dibuka dari 8:30 pagi hingga 6:00 pada Isnin  hingga Jumaat, dan 8:30 pagi hingga 1:00 petang pada Sabtu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pekin Auto, emel di christopher@pekinauto.com atau hubungi +6012-799 2050.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here