Ferrari lebih mampu milik, pesaing Porsche Cayman?

1379

Bila ditanya adakah Dino terus akan terkubur, ketua pegawai komersil Ferrari, Enrico Galliera berkata: “Saya tidak akan gunakan perkataan terkubur dalam strategi masa depan. Ia cuma bukan dalam perancangan kami dalam masa terdekat.”

Imej: Autocar

Sebuah lakaran model entry-level Dino berenjin V6 telah timbul sejak 2016. Pada masa itu, bos Ferrari, Sergio Marchionne berkata pengenalan semula Dino dan enjin V6 adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Perancangan itu terus sepi, model Ferrari dalam barisan kelima menjadi SF90 Stradale yang didedahkan awal tahun ini sebagai model plug-in hybrid (PHEV) pertama jenama itu.



Pelancaran itu adalah sebahagian dari strategi bos baru (Louis Camilleri) yang mengatakan bahawa 15 model akan tiba menjelang 2022, termasuk empat yang telah dilancarkan tahun ini: F8 Tributo, SF90 Stradale, F8 Spider dan 812 GTS.

Daripada membangunkan Dino baharu – yang akan menjadi model paling murah dalam rangkaian Ferrari – syarikat itu sebaliknya memilih untuk memfokus pembangunan segmen baharu. Ini termasuklah model yang berkos lebih tinggi seperti SF90 Stradale. Kereta itu 25 peratus lebih mahal dari model lain dalam barisan Ferrari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here