Mercedes-Benz lanjut kontrak dengan Williams sehingga penghujung 2025, dan ini diumumkan kedua-dua pasukan berkenaan, awal pagi tadi.
Williams yang menamatkan kejuaraan pada musim lalu di tangga tercorot mengumumkan kemerosotan kewangan pada suku pertama 2019, Selasa lalu yang menyaksikan penurunan hampir 29 peratus dalam perolehan berbanding tempoh sama, tahun lalu.
“Kedudukan kami dalam kategori pengeluar F1 kejuaraan tahun lalu menggambarkan kedudukan kewangan kami dan pengurangan bonus banyak berkait dengannya,” kata Ketua Eksekutif Williams, Mike O’Driscoll.
“Terdapat juga pengurangan pendapatan global yang dikaitkan dengan perkongsian berhubung dengan suku pertama 2018.”
Mercedes-Benz lanjut kontrak dengan Williams dan perjanjian semasa dijadual berakhir pada penghujung kempen musim ini.
Williams menghuni tangga tercorot kategori pengeluar dengan mata tunggal yang diraih pasukan itu adalah menerusi Robert Kubica yang menamatkan perlumbaan Grand Prix British di kedudukan ke-10.
Perlumbaan seterusnya musim ini akan berlangsung di Singapura pada 22 September.