Maverick Vinales menjadi penunggang petak pertama pada MotoGP San Marino 2019. Adakah dia dapat memecahkan ‘sumpahan’ Misano pada MotoGP San Marino 2019?
Pasukan Monster Energy Yamaha nampaknya bertungkus lumus dalam masa 2 minggu ini. Buktinya, mereka telah membawa Maverick Vinales ke kedudukan petak pertama pada motoGP San Marino 2019.
Pelumba Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan dari kedudukan pertama selepas mencatat masa pusingan 1 minit 32.265 saat.
Pol Espargaro akhirnya membawa Red Bull KTM Factory untuk bermula dari barisan hadapan buat pertama kalinya di MotoGP 2019. Pelumba ini hanya 0.295 saat lebih lambat dari rakan senegaranya.
Fabio Quartararo yang mendominasi sesi latihan bebas 1 dan 2 bersedia untuk memulakan MotoGP San Marino 2019 pada petak ke 3. Di petak ke 4 ada pelumba Petronas Yamaha, Franco Morbidelli.
Sementara itu, tempat kelima dihuni oleh juara bertahan, Marc Marquez. Di belakangnya pula adalah pelumba dari Misi Winnow Ducati, Andrea Dovizioso.
Pada petak ke7, pelumba veteran Valentino Rossi dari Monster Energy Yamaha. Sementara petak 8 dan 9 dihuni oleh pasangan Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir.
Akankah Maverick Vinales dapat memenangi MotoGP San Marino 2019 dan memecahkan ‘sumpahan’ pendahulu petak perlumbaan di Misano sejak 2011? Menarik untuk sama-sama kita tunggu.
Berikut adalah senarai penghuni petak perlumbaan motoGP San Marino 2019.
1. Maverick Vinales – Monster Energy Yamaha
2. Pol Espargaro – Red Bull KTM Factory
3. Fabio Quartararo – Petronas Yamaha
4. Franco Morbidelli – Petronas Yamaha
5. Marc Marquez – Repsol Honda
6. Andrea Dovizioso – Mission Winnow Ducati
7. Valentino Rossi – Monster Energy Yamaha
8. Alex Rins – Suzuki Ecstar
9. Joan Mir – Suzuki Ecstar
10. Takaaki Nakagami – LCR Honda
11. Johann Zarco – Red Bull KTM Factory
12. Michele Pirro – Mission Winnow Ducati
13. Francesco Bagnaia – Pramac Ducati
14. Cal Crutchlow – LCR Honda
15. Aleix Espargaro – Factory Aprilia Gresini
16. Jack Miller – Pramac Ducati
17. Danilo Petrucci – Mission Winnow Ducati
18. Jorge Lorenzo – Repsol Honda
19. Miguel Oliviera – Red Bull KTM Tech 3
20. Hafizh Syahrin – Red Bull KTM Tech3
21. Karel Abraham – Reale Avintia Ducati
22. Tito Rabat – Reale Avintia Ducati