Stamford Tyres dengan telah memperkenalkan tayar terbaharu dari Falken Tyre iaitu Falken Azenis FK510 Ultra High Performance Tyres.
Rekabentuk
Label “Azenis” bukanlah sesuatu yang asing dalam kategori Tayar Berprestasi Tinggi (UHP) kerana tayar buatan Jepun ini seringkali dapat dilihat membaluti pelbagai jenis kenderaan mewah pada hari ini.
Bagaimanapun, corak bunga pada tayar baharu Azenis FK510 ini telah ditambah baik dengan alur memanjang dan fleksibiliti dinding tepi yang akan memberikan respon seimbang bagi menjamin keselesaan pemanduan dengan jarak membrek yang lebih pendek untuk menambah kelancaran perjalanan.
Dengan penggunaan teknologi reka bentuk 4D Nano, Jurutera Falken telah berjaya menghasilkan sebuah kompaun tayar yang lebih hebat dengan daya cengkaman cemerlang, sekali gus akan memaksimumkan penggunaan tayar.
Selain itu, potongan kecil (Blade Sipes) pada alur blok di atas permukaan tayar Azenis FK510 pula memberikan potongan air yang lebih baik justeru, menggelakkan daripada risiko berlakunya hilang kawalan ketika memandu.
Selari dengan visi mencipta sebuah tayar yang lebih maju, jurutera Falken ternyata berjaya menghasilkan tayar dengan agihan angin yang lebih konsisten ke seluruh bahagian tayar canggih ini.
Penggunaan teknologi ACP (Adaptive Constant Pressure) pada corak tayar pula meningkatkan lagi prestasi pembrekan, kestabilan arah serta dinamika ketika pemanduan.
Meskipun baharu menjengah ke pasaran tempatan sejak Ogos 2018 yang lalu, tayar Azenis FK510 ini telah pun diperakui oleh banyak pihak antaranya dari majalah Automotif Jerman, Autozeitung; Persatuan pemeriksa teknikal Jerman, GTUE dan ujian tayar musim panas Auto Bild.
Tayar Azenis FK510 ini boleh didapati dalam saiz 103 yang bersesuian bagi meliputi roda 17 hingga 22 inci. Ianya pasti akan tampak lebih bergaya sekiranya digunakan pada kereta berjenama Audi, BMW, Mercedes-Benz, Lexus, Mazda dan kereta-kereta Jepun yang lain.
Bagi Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pula, antara yang bersesuian adalah pada jentera seperti Mazda CX-5, Mercedes-Benz, GLC, Toyota Harrier dan kenderaan SUV yang lain.
Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan tayar Falken anda boleh melayari laman web www.stamfordtyres.com.my atau laman Facebook Falken Malaysia.