Adam Norrodin pamerkan peningkatan: Stigefelt

1306

Adam Norrodin pamerkan peningkatan positif pada aksi pertamanya menunggang jentera Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia biarpun tidak menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) San Marino.

Bagi Pengarah Pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Johan Stigefelt, pelumba pelapis program Impian ke MotoGP kendalian Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang pada musim ini beraksi di Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV) itu sudah melakukan tugas sebaik mungkin di litar Misano. 



“Ia akan sentiasa menjadi sesuatu yang sangat sukar buat Adam untuk terus menyertai perlumbaan dan saya fikir dia sudah melakukan tugas dengan baik sekali,” kata Stigefelt tentang pengganti sementara tempat Khairul Idham Pawi yang masih dalam proses penyembuhan daripada pembedahan jari kelingking kanannya. 

“Malangnya, terjatuh dalam perlumbaan bukanlah sesuatu yang bagus untuk menamatkan minggu saingan kerana ia seharusnya menjadi sesuatu yang lebih baik untuknya dalam usaha menimba lebih banyak pengalaman berharga.

“Namun daripada sudut lain, dia menunjukkan peningkatan secara konsisten, dah itu adalah yang kami mahukan daripadanya. Perlumbaan adalah sesuatu yang amat penting, tidak kiralah di mana kamu menamatkannya.”

Biarpun begitu, Stigefelt berharap Adam dapat menggunakan pengalaman pertamanya bersama enjin Triumph ini untuk dibawa ke GP Aragon minggu ini dalam usaha untuk terus mencari keserasian dengan jentera berkuasa 765cc itu. 

“Apapun, ia tidak akan menjadi sesuatu yang mudah buat dirinya dan di Aragon dia akan kembali dengan lebih pengalaman dan keserasian dengan motosikal,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here