Utama Berita Automotif Valentino Rossi punca muncul juara di San Marino: Marquez

Valentino Rossi punca muncul juara di San Marino: Marquez

1028

Pelumba Sepanyol Marc Marquez mengakui ‘perang dingin’ melibatkan dirinya dengan Valentino Rossi punca muncul juara di San Marino, semalam. Hal itu juga menjadi motivasi buat Marqez untuk unggul dalam perlumbaan tersebut.

Setelah dua kali terlepas menjuarai MotoGP di Austria dan Britain, Marquez akhirnya kembali menakluk podium selaku juara selepas bertarung sengit dengan Fabio Quartararo.



Marquez menewaskan Quartararo dalam pusingan terakhir, dengan juara bertahan itu mengungguli 0.9 saat di hadapan pelumba Petronas Yamaha SRT itu, sekali gus meraih kemenangan ketujuh musim ini.

Selain mengatakan Valentino Rossi punca muncul juara di San Marino, Marc Marquez berkata, dia mengambil risiko menentang Fabio Quartararo sewaktu pusingan terakhir. Dua pesaing terdekat Marc Marquez dalam perlumbaan kelas utama itu iaitu Andrea Dovizioso melengkapkan aksinya di kedudukan keenam, manakala Alex Rins gagal menamatkan saingan.

“Ketika saya melihat (Alex) Rins terjatuh dan Dovizioso jauh di belakang, saya tahu saya tidak mampu untuk berada di hadapan. Tetapi disebabkan insiden semalam (perselisihan dengan Rossi), saya memperoleh motivasi tambahan untuk berbuat demikian.

“Pada pusingan terakhir saya tekad untuk memintas Fabio dan kemudian menutup semua ruang. Saya sangat gembira dapat meraih kejayaan di Itali. Namun, adalah sesuatu yang menarik apabila anda memanfaatkan insiden pada sesi kelayakan itu dengan sebuah kejayaan,” kata Marquez.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here