BMW G20 3-Series versi CKD diperkenal, potongan harga RM40k

4623

BMW Malaysia telah mengumumkan ketibaan BMW G20 3-Series versi pemasangan tempatan (CKD). Ia hadir dalam varian 330i M Sport dan berharga RM288,800, iaitu penurunan harga sebanyak RM40,000 dari versi import sepenuhnya (CBU) yang dilancarkan beberapa bulan lepas.

Harga ini adalah termasuk BMW Unlimited Warranty 5-tahun, Free Scheduled Service Programme dan BMW Tyre Warranty Programme.



Menurut pengarah urusan BMW Malaysia, Harald Hoelzl, model itu dipasang di fasiliti pemasangan BMW di Kulim yang turut memasang lapan model BMW lain, dengan jumlah 10 varian.

Dari segi kelengkapan, ia hampir sama kesemuanya dari apa yang terdapat pada BMW 330i M Sport versi CBU.

Ini termasuklah lampu depan LED adaptif dengan teknologi bi-LED, rim aloi M 18-inci dengan rekaan Double-spoke 790 M berwarna Orbit Grey, brek M Sport dengan angkup brek berwarna biru dan berlogo M, lampu belakang berbentuk L dengan kaca gelap, sepasang ekzos 90mm dan kit badan M Sport.

Di bawah hud ialah enjin 2.0-liter TwinPower Turbo petrol yang menghasilkan 258hp dan 400Nm tork dari 1,550 hingga 4,400rpm.

Dipadan dengan trasnmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport, kereta ini mampu mencapai 100km/j dalam 5.8 saat dan mencapai kelajuan maksima 250km/j.

Dari segi casis, BMW G20 3-Series ini adalah 25kg lebih ringan dari sebelumnya, hasil struktur lebih ringan dan lebih teguh.

Di dalam pula, selain roda stereng M Sport bersalut kulit, ciri utama di sini adalah Intelligent Personal Assistant dan Digital Key, serta inovasi keselamatan Park Assist dan Reverse Assist, berserta Parking Assistant System.

BMW 330i ini turut hadir dengan paparan BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan kluster instrumen 12.3-inci dan skrin sesentuh tengah 10.25-inci. Kedua-dua skrin ini mengandungi BMW Operating System 7.0 yang terkini.

Warna

Buat masa ini, pembeli boleh memilih warna Alpine White, Black Sapphire dan Mineral Grey. Walaubagaimanapun, warna Portimao Blue boleh didapati bermula Januari 2020 manakala Sunset Orange bermula Mac 2020.

Warna-warna ini boleh dikombinasikan dengan kemasan kulit Black Vernasca atau Cognac Vernasca.

Dengan Balloon Financing Plan dari BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330i M Sport ini boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula RM3,298 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus dan tempoh 5 tahun).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here