Toyota GR Supra tiba di Malaysia, harga bermula RM568k

3170

Inilah dia, Toyota GR Supra serba baharu kini dilancarkan secara rasmi oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) untuk pasaran Malaysia. Ini juga menandakan kembalinya model ikonik itu sebagai model flagship Toyota.

Pelancaran itu disempurnakan oleh ketua pegawai eksekutif UMWT (juga naib pengerusi syarikat itu), Akio Takeyama, ditemani oleh Tengku Djan Ley, pelumba terkenal dan juga dikenali sebagai Prince of Drift.



Nama Supra terkenal sebagai pilihan popular pasukan-pasukan lumba, dan muncul di pelbagai permainan video serta membintangi layar emas di filem seperti The Fast and Furious.

Toyota GR Supra serba baharu ini (dengan kod nama A90) ialah generasi kelima nama lagenda yang bermula pada 1978.

Di Malaysia, kereta sports ini ditawarkan dalam satu varian GTS, dikuasakan oleh enjin 3.0-liter enam-silinder sebaris. Enjin ini menjana 340PS dan tork puncak 500Nm.

Beberapa pasaran luar mendapat pilihan enjin 2.0-liter empat-silinder.

Output disalurkan ke tayar belakang melalui transmisi automatik 8-kelajuan yang ditala sporti dan pantas. Dengan launch control, pecutan ke 100km/j boleh dicapai dalam 4.3 saat.

Selain dari mempunyai agihan berat 50:50 depan dan belakang, karakter pemanduan sporti GR Supra ini disumbang oleh suspensi boleh-laras adaptif dan limited-slip differential (LSD) yang dikawal secara elektronik.

Bahagian luaran GR Supra dilengkapi dengan lampu depan LED adaptif dengan DRL, lampu belakang LED, ekzos berkembar dan cermin sisi berkuasa elektrokromik (pemandu sahaja).

Rim aloi 19-inci yang diperkukuh adalah standard, dengan tayar 255/35 di depan dan 275/35 di belakang.

Sistem

Walaupun dibangunkan untuk pemandu sporti, bahagian dalaman Supra tidaklah tidak selesa. Ia diperkemaskan dengan bahan halus dengan fungsi keselesaan seperti penghawa dingin dwi-zon, keyless smart entry and start, balutan kulit, heads up display, tempat duduk berkuasa dengan sokongan lumbar, cermin pandang belakang elektrokromatik dan sistem audio JBL 12 pembesar suara.

Toyota GR Supra mendapat pakej Toyota Supra Safety yang merangkumi sistem termaju seperti Forward Collision Warning, Lane Departure Warning, Adaptive High Beam, Rear End Collision Warning dan Speed Limit Info.

Ciri lain adalah ABS, EBD, Brake Assist, Vehicle Stability Control, Traction Control, Hill-start Assist Control, Emergency Stop Signal, Blind Spot Monitor, Tyre Pressure Monitoring System dan 7 beg udara.

Warna

Lapan warna ditawarkan, iaitu Prominence Red, Lightning Yellow, White Metallic, Deep Blue Metallic, Silver Metallic, Matte Storm Grey Metallic, Black Metallic dan Ice Grey Metallic.

Toyota GR Supra ini boleh menjadi milik anda dari RM568,000 atas jalan tanpa insurans (pendaftaran persendirian Semenanjung Malaysia).

Kereta ini juga akan menjadi model GR pertama yang dibangunkan dan dihasilkan oleh TOYOTA GAZOO Racing untuk pasaran global.

TOYOTA GAZOO Racing ialah organisasi untuk program sukan perlumbaan global Toyota.

Bermula dengan GR Supra, TOYOTA GAZOO Racing memindahkan pengetahuan teknikal yang diperolehi dari litar lumba dan rali kepada pembangunan generasi baharu model-model fokus kepada sports oleh GR Toyota.

GR Garage pertama di luar Jepun

Selain memperkenalkan Toyota GR Supra, Takeyama juga mengumumkan kehadiran GR Garage di Malaysia (juga yang pertama di luar Jepun), satu konsep “kedai di dalam kedai”.

GR Garage akan menjual produk-produk berprestasi tinggi dan barangan GR berserta dengan kereta GR Supra.

Untuk permulaan, lima cawangan Toyota akan menampilkan GR Garage – tiga di Lembah Klang dan satu di Utara serta satu lagi di Selatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here