Tabiat memandu yang memendekkan jangka hayat tayar

2866

Bagaimana anda memandu adalah satu gambaran bagaimana anda peduli dengan keselamatan tidak hanya penumpang anda, tetapi juga rakan-rakan anda. Dengan itu, penting untuk anda mengekalkan tabiat pemanduan yang baik, sebagaimana anda menjaga keadaan luaran kereta anda.

Salah satu perkara yang anda perlu ambil berat adalah tayar anda. Pastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan yang baik, kerana memandu pada tayar yang haus atau rosak boleh menyebabkan risiko kemalangan.



Berikut adalah empat tabiat pemanduan umum yang boleh merosakkan tayar anda:

1) Menggerakkan stereng semasa kereta tidak bergerak

Semasa membuat pusingan-U di jalan sempit dan anda perlu mengundur, anda biasa memusingkan stereng semasa kereta berada dalam keadaan statik? Jika ya, anda harus buang tabiat ini.

Amalan ini, yang disebut sebagai “stereng kering,” boleh menyebabkan permukaan tayar yang tidak rata dan mudah botak. Ia juga boleh menyebabkan sistem hidraulik atau elektrik pada dalam stereng bekerja lebih keras dari yang sepatutnya.

Apa yang boleh anda lakukan ialah memulas stereng sebaik sahaja kereta mula bergerak.

2) Memandu dengan laju pada jalan bonggol dan berlubang

Kita semua boleh bersetuju bahawa untuk mengelakkan terjumpa setiap bonggol, lubang, dan ketidaksempurnaan jalan adalah mustahil. Terutama pada jalan-jalan utama seperti yang digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan.

Namun, cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan seberapa banyak daripada yang anda boleh. Atau sekurang-kurangnya, perlahankan kereta anda semasa melintasi halangan tersebut. Memandu di jalan berlubang dan berbonggol pada kelajuan tinggi tidak akan menghasilkan perjalanan yang selesa.

Ia boleh menyebabkan rekahan dan kerosakan pada tayar anda. Ini juga boleh merosakkan rim anda atau lebih buruk lagi, menyebabkan rim pecah. Dan kesan dari lubang pada jalan boleh menyebabkan pergerakan kereta anda menyusut akibat dari setiap hentakan yang berlaku. 

Pada akhirnya, anda perlu memastikan lokasi lubang dan bonggol pada jalan yang ingin digunakan agar anda dapat mengelak semasa melintasi jalan yang mempunya halangan ini.

3) Tabiat membrek yang buruk

Membrek secara tiba-tiba bukan hanya menyebabkan penumpang kurang selesa, ia juga memendekkan jangka hayat brek dan meningkatkan kadar penggunaan bahan api. Tapi ini adalah topik lain untuk hari lain.

Untuk tayar, membrek secara mendadak tetap menambahkan geseran tidak rata dalam keadaan tertentu walaupun hampi semua kereta hari ini dilengkapi sistem brek ABS.

4) Memandu dengan tekanan dan kedudukan tayar yang tidak betul

Adakah anda sering merasakan kenderaan anda atau roda stereng tidak stabil ketika anda memandu? Ini adalah tanda bahawa anda bergerak menggunakan tayar yang tidak sempurna atau kedudukan roda yang salah. Memandu pada keadaan ini boleh menyebabkan tekanan pada anda di jalan raya kerana bilangan koridor stereng yang anda perlukan apatah lagi memakai treading yang tidak rata pada tayar kereta anda.

Potongan getah pada tayar ini adalah komponen yang menjaga anda dan kenderaan anda apabila bergerak, sambil memberikan anda perjalanan yang selesa pada masa yang sama.

Ada jenama tayar berkualiti tinggi yang boleh menahan tabiat buruk pemandu ini. Sebagai contoh, tayar Bridgestone mempunyai teknologi dan ketahanan untuk menahan penggerakan harian. Tetapi setelah sampai jangka hayatnya, adalah penting untuk anda melakukan servis agar mendapat keadaan pemanduan yang selesa dan selamat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here