Nissan Patrol 2020 dikemaskini dengan Hydraulic Body Motion Control

1620

Nissan Patrol mempunyai sejarah sebagai sebuah SUV yang rugged dan teguh. Dengan model terkini Nissan Patrol 2020, jentera ini akan menerima lebih teknologi dan kemewahan agar penumpangnya lebih selamat dan selesa. Ia bakal dijual di Timur Tengah hujung bulan ini.

Dari aspel luar, Nissan Patrol 2020 mengekalkan penampilan menegak dan berseginya. Terdapat perubahan rekaan pada gril berbentuk V serta lampu DRL yang nampak serupa tetapi diubah sedikit.



Para perekabentuk menaikkan rekaan bawah depan sehingga ke dalam lampu menggunakan bentuk kedalam. Di belakang pula, perubahan terhad kepada lampu belakang baharu dengan lampu signal sequential.

Pada ruangan dalam, Patrol ini kini lebih mewah dengan sentuhan seperti jahitan berbentuk berlian pada tempat duduk kulit. Nissan juga mendakwa kabin Patrol kini lebih senyap dari sebelumnya.

Terdapat juga skrin baharu di tengah dengan paparan peta dan ia menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Dari segi keselamatan, Patrol akan mendapat Intelligent Emergency Braking dengan pengesan pejalan kaki dan sistem Intelligent Forward Collision Warning.

Nissan Patrol 2020 hadir standard dengan enjin 4.0-liter V6 yang menghasilkan 275hp dan 394Nm tork. Tak cukup? Pelanggan boleh menaiktaraf kepada enjin 5.6-liter V8 yang menawarkan 400hp dan 560Nm tork.

Model V8 ini mendapat suspensi adaptif Nissan iaitu Hydraulic Body Motion Control.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here