Polis seru orang ramai bantu kesan Myvi putih

1774

Polis meminta orang ramai bantu kesan Myvi putih dengan mengesan nombor pendaftaran kereta Perodua Myvi putih itu selepas tular di media sosial kenderaan berkenaan dikesan memandu melawan arus.

Dalam kejadian 2.57 petang semalam, kereta itu dirakam memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) berhampiran Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya memerlukan orang ramai untuk bantu kesan Myvi putih itu supaya tindakan dapat diambil.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kami hanya menerima maklumat tular dan tiada maklumat tepat mengenai nombor pendaftaran kenderaan menyebabkan tindakan sukar diambil,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial hari ini video dirakam melalui ‘dashcam’ menunjukkan kereta itu memandu melawan arus menyebabkan pemandu kereta yang merakam aksi itu terpaksa mengelak daripada bertembung.

Berikut adalah rakaman yang menunjukkan sebuah myvi yang dipandu melawan arus Lebuhraya Maju Expressway (MEX):

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here