BMW X3 kini lebih sporti dengan pakej M Sport

2000

BMW X3 telah menerima penggayaan lebih sporti dengan M Sport Package, seperti diumumkan oleh BMW Malaysia hari ini.

SUV itu menyertai 330i M Sport yang diperkenalkan minggu lepas, dan X3 ini hanya akan dijual sebanyak 120 unit. Jadi, anda harus cepat jika ingin menyambar satu.



Terdapat dalam varian sedia ada xDrive30i, BMW X3 M Sport dijual pada RM328,800 (RM15,000 lebih) dan datang dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, program servis berkala percuma, jaminan tayar 2-tahun, bantuan tepi jalan dan hotline kemalangan.

BMW X3 ini juga boleh dimiliki dengan pelan BMW Balloon Finance dengan ansuran bulanan serendah RM3,758 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus dan tempoh 5-tahun).

Jadi, apa anda dapat dengan M Sport Package ini? Dari segi luaran, BMW X3 M Sport boleh dibezakan dari rim aloi 20-inci M, suspensi M Sport, brek M Sport dan penggayaan badan M Aerodynamic.

Tambahan itu, terdapat tulisan M di kedua-dua fender depan, rel bumbung BMW Individual, bampar aero M dan ekzos dengan kemasan krom berkilat.

Sentuhan M di dalam kabin pula adalah roda stereng kulit M Sport, pemijak tepi pintu dengan tulisan M dan pedal sport M.

Selain itu, kelengkapan dalam kabin termasuklah balutan kulit tempat duduk Vernasca, skrin sesentuh 10.25-inci dengan Navigation System Professional, iDrive Touch dan sistem audio dengan 12 pembesar suara.

Nadi kepada BMW X3 M Sport ini ialah unit 2.0-liter 4-silinder dengan TwinPower Turbo yang menghasilkan 252hp dan 350Nm dari 1,450-4,800rpm.

Enjin ini disatukan dengan transmisi automatic Steptronic Sport 8-kelajuan. Oleh itu, pecutan 0 ke 100km/j boleh dicapai dalam 6.3 saat sahaja. Kelajuan maksima ialah 240km/j.

BMW X3 M Sport oleh didapati dalam warna Alpine White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here