Utama Berita Automotif GT Dunia: Weiron Tan raih kemenangan kedua di Shanghai

GT Dunia: Weiron Tan raih kemenangan kedua di Shanghai

1339

Weiron Tan berada pada tahap terbaiknya apabila meraih kemenangan keduanya dalam Cabaran GT Dunia Blancpain Siri Asia musim ini pada pusingan terakhir 2019 di Shanghai, China semalam. 

Weiron dan rakan sepasukan Audi Sport Asia Team Absolute Racing, Martin Rump yang beraksi dalam kelas GT3S, memulakan saingan minggu dengan positif apabila meraih petak utama dengan catatan terpantas, dua minit 6.261 saat dalam sesi kelauakan di Litar Antarabangsa Shanghai. 



Pelumba profesional Malaysia dan Rump kemudiannya membawa rentak cemerlang berkenaan dengan meraih kemenangan keseluruhan mempamerkan dominasi di sepanjang perlumbaan sebelum menemui garisan penamat dengan 1:02:08.465s (27 pusingan).

 

Bagaimanapun momentum berkenaan tidak dapat dibawa ke perlumbaan kedua apabila mengalami tayar pancit hari ini sekali gus merencatkan impian mereka untuk meraih kemenangan berganda. 

Weiron berkata, dia gembira dengan prestasi pasukan pada perlumbaan satu dan di sepanjang musim secara keseluruhannya. 

“Saya sangat gembira yang kami memenangi perlumbaan (perlumbaan satu) semalam, saya memandu dengan begitu baik dan mampu menjarakkan kedudukan dengan baik daripada kereta pesaing di belakang,” kata Weiron. 

“Semuanya mengenai pengurusan tayar pada akhirnya. Saya sangat gembira dengan Audi Sport Asia dan kesemua kru dalam pasukan Team Absolute yang sudah berusaha begitu gigih bagi memastikan kejayaan ini, kemenangan ini untuk mereka. 

“Kami mempunyai peluang yang baik untuk mencabara kedudukan gelaran kejuaraan tahun ini tetapi malangnya kami mengalami beberapa perlumbaan yang tidak begitu bernasib baik pada awal musim. 

“Bagaimanapun, kami mampu membuktikan yang kami mempunyai kekuatan pada tahun ini. Apa yang jelas, kami berharap untuk melakukan sesuatu yang lebih baik sekiranya ada peluang untuk musim depan.”

Gandingan Weiron-Rump meraih kemenangan sulung mereka pada awal musim ini dalam perlumbaan kedua di Fuji Speedway, Julai lalu. 

Weiron Tan menamatkan musim 2019 dengan berada di tangga kelima keseluruhan dalam carta pemandu dengan 115 mata selepas 12 perlumbaan keseluruhan (enam pusingan).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here