Penuh Ferrari klasik rare berkonvoi di tengah bandar Rom, Itali!

2224

Lebih dari 80 Ferrari klasik dipandu melepasi tengah bandar Rom pada tengahari Ahad beberapa minggu lalu. Konvoi itu melalui beberapa monument popular.

Edisi ketiga Cavalcade Classiche itu berakhir dengan pertunjukan unik, menggabungkan gaya elegan kereta dengan kecantikan bandar dengan nama gelaran Eternal itu.



Acara yang pertama kali diadakan di ibu negara Itali itu menarik pelanggan Ferrari dari seluruh dunia untuk sambutan menghimpunkan ikon-ikon asli dalam sejarah permotoran.

Krew-krew dari Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah, New Zealand dan Australia melawat kawasan pinggir Lazio, Taman Arkeologikal Appian Way dan jalan-jalan purba.

Krew terlibat kemudiannya tiba di Borgo San Pietro di Tasik Salto dan Rieti, sebelum mendaki Gunung Terminillo dan melawat Air Terjun Marmore.

Konvoi dan perarakan pada hari terakhir iaitu Ahad dikhaskan untuk Rom, dengan melewati jalan melalui Frascati dan Castel Gandolfo.

Antara kereta-kereta yang menjadi tumpuan ialah 750 Monda 1954, 500 TRC 1957 dan 275 GTB 1964 yang telah menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here