Masih ramai di antara kita yang tidak mengamalkan teknik pemanduan defensif dan selamat. Ini bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, malah ia boleh mengancam keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Sebagai pemandu, ada teknik memandu iaitu dengan beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, dan salah satunya adalah dengan mengamalkan teknik pemanduan defensif.
Di sini disenaraikan lima tips teknik memandu membabitkan:
-
Fahami keupayaan kenderaan
Penting bagi pemandu untuk mengetahui tahap keupayaan kenderaan yang dipandu terutamanya dari segi kuasa dan pengendalian. Ini dapat membantu pemandu dalam menghadapi pelbagai situasi ketika berada di jalan raya seperti memotong kenderaan lain.
-
Jaga jarak antara kenderaan
Salah satu kesilapan yang kerap dilakukan oleh pemandu di negara ini adalah tidak menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Teknik memandu ini bukan sahaja membahayakan nyawa, malah menyusahkan pemandu-pemandu yang akan terperangkap dalam kesesakan jika berlaku kemalangan.
-
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
Tips ini sangat berguna ketika memandu di lebuh raya. Selain dari memerhatikan kiri dan kanan kenderaan, teknik memandu dengan pemandu juga harus melihat jauh ke hadapan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang keadaan di hadapan. Dengan cara ini, pemandu dapat mengesan sebarang halangan atau kerosakan dan bersedia untuk menukar lorong atau membrek dengan lebih awal.
-
Berhati-hati dengan titik buta
Titik buta atau ‘blind spot’ adalah dua kawasan di kiri dan kanan kenderaan yang terlindung daripada pandangan pemandu dan tidak dapat dilihat menerusi cermin sisi dan cermin pandang belakang. Pastikan anda memeriksa titik buta setiap 5 hingga 8 saat terutamanya sebelum menukar lorong atau membelok. Ini adalah teknik memandu selamat.
-
Elakkan sebarang gangguan ketika memandu
Tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap jalan raya. Elakkan dari melakukan perkara yang dapat mengalih perhatian anda seperti menjawab panggilan, makan, minum, bersolek dan sebagainya. Lebih baik jika perkara-perkara tersebut dilakukan ketika kenderaan sedang berhenti.