Koleksi kereta Paul Walker akan dilelong, termasuk 5 unit BMW M3 Lightweight!

2155

Sudah hampir enam tahun berlalu sejak Paul Walker meninggal dengan tragik dalam satu kemalangan kereta. Banyak perkara berlaku sejak itu, namun hari ini, ada berita mengenai sebahagian dari koleksi kereta mendiang.

Banyak koleksi kereta dan motosikalnya – 21 untuk lebih tepat – akan dijual di lelongan Barrett-Jackson Scottsdale tahun depan. Pelbagai jenis kenderaan akan dijual, dari Nissan GT-R R32 lumba hinggalah Ford Bronco 1995.



Tapi yang menjadi perhatian dalam koleksi ini adalah sekelompok BMW M3. Walker memilik 5 buah BMW M3 Lightweight 1995. M3 ini sangatlah rare, dan hanya 125 unit pernah dihasilkan.

Kereta ini mempunyai spoiler belakang agresif, spoiler depan, dan cat badan Alpine White dengan liveri checkered flag. Ini lah M3 paling “Fast and Furious” yang anda patut beli.

Barrett-Jackson berkata ia akan menjadi E36 Lightweight paling banyak dijual dalam satu lelongan. Mestilah. Nak himpunkan 5 buah sekali memang susah. Dan 2 buah lagi M3 adalah generasi E30, juga akan dijual.

Satu lagi kereta yang boleh dijadikan perhatian ialah Ford Mustang Boss 302S 2013 versi lumba. Ia dilaporkan tidak pernah dibawa berlumba dan “kuda” itu patut diberikan lebih aktiviti oleh sesiapa yang membelinya. Pandu ia di litar!

Senarai penuh kenderaan yang akan dijual adalah:

  • Chevrolet Nova Wagon 1963
  • Chevrolet Chevelle Wagon 1964
  • Chevrolet II Nova 1967
  • BMW M3 E30 1988
  • Nissan R32 Skyline Race Car 1989
  • BMW M3 E30 Coupe 1991
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete 1995
  • Ford Bronco SUV 1995
  • Audi S4 2000
  • Ford F250 Pickup 2003
  • GMC Sierra 1500 Pickup 2004
  • Harley-Davidson RS Motorcycle 2005
  • Toyota Tundra Pickup 2006
  • Suzuki Motorcycle 2008
  • Nissan 370Z 2009
  • BMW Motorcycle 2011
  • Ford Mustang Boss 302S Race Car 2013

Jika anda peminat tegar Paul Walker dan mahukan salah satu keretanya, atau hanya meminati E36 M3 Lightweight, ketahuilah lelongan itu akan diadakan pada 11 hingga 19 Januari depan di Scottsdale.

Jangan lupa, Nissan 370Z 2009 di atas pernah tampil dalam “Fast Five”, jadi ia ada sedikit sejarah “Fast and Furious” di sebaliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here