Terasa seperti 20 saat nafas terhenti – Marquez

2694

“Saya terasa seperti 20 saat nafas terhenti, walaupun sebenarnya hanya 5 saat sahaja”, tegas Marc Marquez. Buriram, baru kali kedua menganjurkan kejohanan MotoGP. Sesi Latihan Bebas 1 musim 2019 telah menyaksikan kemalangan ngeri melibatkan Juara Bertahan, Marc Marquez.

Nasib menyebelahi Marc Marquez kerana tiada kecederaan yang menimpa walaupun motosikalnya di kategorikan hancur dan musnah.



Dalam kenyataannya , Marc Marquez mengakui kemalangan berpunca dari kesilapan dirinya.

Mengulas tentang insiden kemalangan, Marquez berkata tayar yang digunakan ada lah tayar baru.Tetapi mungkin litar tidak dibersihkan dengan sempurna.

Beliau telah di kejarkan ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut. Ini berikutan impak hentakan kuat semasa jatuh.

Kesakitan pada leher dan belakang apabila setiap kali menarik nafas mungkin punca Marquez memberi keterangan “Terasa seperti 20 saat nafas terhenti”. Hal ni telah memaksa imbasan MRI di lakukan bagi mengenal pasti punca.

Hasil imbasan MRI tiada sebarang tulang yang patah dan Marquez disahkan layak untuk berlumba serta meneruskan sesi Latihan Bebas 2.

Marquez harus lebih berhati-hati sewaktu sesi Ujian Masa. Ini kerana hanya tinggal sebuah sahaja motosikal untuk kegunaan beliau, baik semasa sesi ujian masa mahupun perlumbaan.

Memang mustahil bagi mekanik Tim Repsol Honda membaiki motosikal tersebut. Kerosakan begitu teruk dengan roda belakang terputus dari badan motosikal.

Tim Repsol Honda telah melakukan yang terbaik. Saya bukan setakat menghancurkan motosikal malah memusnahkannya, tegas Marquez.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here