BMW X5 M dan X6 M 2020, SUV ciri perlumbaan

3360

SUV berprestasi “Track capable” semakin banyak dikeluarkan sejak kebelakangan ini, dan kini ada pula model baharu menerusi BMW X5 M dan X6 M 2020. Sebagai tambahan, turut diperkenalkan dengan model X5 M Competition dan X6 Competition.

Kedua-dua yang bukan model Competition, menghasilkan 600hp dengan tork 749Nm. Sementara itu bagi versi Competition menyalurkan 617hp dengan tork yang sama. Output yang dihasilkan itu daripada enjin V8 twin-turbo 4.4-liter yang sama seperti BMW M lain seperti M5 dan M8.



Seperti yang dijangkakan, semua versi itu mampu memecut 0-96km/j dalam masa kurang dari 4 saat. Model Competition mencapai 96km/j dalam masa 3.7 saat, dan model biasa mencapai masa 3.8 saat. Ia mengalahkan prestasi X5 M50i, yang menguasakan prestasi yang sama dengan mencatatkan masa 4.1 saat. Kelajuan tertinggi diterhadkan kepada 250km/j, tetapi Pakej Pemanduan M berupaya meningkatkan kelajuan sehingga 285km/j. Model berkenaan digabungkan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan yang disalurkan ke pacuan semua roda. BMW mengatakan bahawa tork hanya dipindahkan ke roda hadapan apabila daya tarikan tambahan diperlukan.

Ia mungkin SUV yang tinggi dan berat, tetapi BMW menegaskan bahawa “SUV itu memberi ketangkasan ketika berada di selekoh.” Untuk tujuan itu, pemasangan casis tambahan, komponen penggantungan yang khusus, titik pelekap yang lebih kukuh dan camber hadapan yang dipertingkatkan. Penggantungan penyesuaian dengan BMW’s Active Roll Stabilization juga adalah standard pada kedua-dua SUV.

Seperti Siri 8 yang baru, X5 M dan X6 M mempunyai sistem brake-by-wire , yang membolehkan pemandu menyesuaikan pedal melalui mod pemacu yang berbeza. Cakera brek bersaiz besar, berukuran 15.6 inci di depan dan 15 inci di belakang. Kaliper enam-piston mengapit cakera depan, manakala calipers omboh tunggal di belakang. Tayar Run-flat performance adalah standard, dengan staggered-wheel menjadi pilihan (21 inci di depan dan 22 inci di belakang). Tayar yang besar juga disediakan yaitu bersaiz 315-section-width di belakang dan 295-section-width  tayar lebar di depan.

Model Competition disertakan dengan trim luar hitam dan lambang Competition pada lifgate belakang. Reka bentuk luaran untuk model-model M ini berbeza dengan model biasa. Mereka lebih agresif dalam setiap sudut, memaparkan sentuhan aero yang dikemaskan dan quad tailpipe yang besar. Bahagian dalaman diinspirasikan dari model M biasa juga. Aksen merah, biru dan putih boleh didapati di seluruh, dan terdapat banyak gentian karbon.

Harga untuk SUV ini bermula pada enam angka. Yang paling murah dari empat model adalah X5 M biasa, yang bermula pada $ 106,095 (RM444,071). Jika anda mahukan Competition, ia akan dikenakan bayaran sebanyak $ 115,095 (RM481,741). Harga X6 M  lebih tinggi iaitu $ 109,595 (RM458,720) untuk versi asas dan $ 118,595 (RM496391) untuk Competition. Harga tersebut adalah sebelum pilihan. X5 M dan X6 M akan disediakan pada musim bunga 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here