Pelumba Angel Nieto, Albert Arenas mengenepikan Lorenzo Dalla Porta untuk memenangi perlumbaan Moto3 yang mendebarkan di Thailand apabila Aron Canet mengalami nasib malang untuk kali ketiga dalam empat perlumbaan.
Canet berhimpitan dengan Darryn Binder ketika pelumba Australia bersentuh pada jenteranya pada pusingan ke-12, menyebabkan John McPhee dan Tatsuki Suzuki, ditimpa kemalangan.
Ia adalah nasib malang ketiga buat Canet dalam empat perlumbaan kerana dia dilanggar oleh Arenas di Silverstone, dan kemudian mempunyai masalah mekanikal di Misano.
Pencabar gelaran, Tony Arbolino juga mengalami masalah seolah-olah bergelut dengan tangan kanan yang cedera meskipun dia berada dalam posisi ke-10.
Sementara itu, Dalla Porta menghabiskan seluruh perlumbaan ditempat pertama sehingga tamat perlumbaan.
Hanya dua penunggang, Alonso Lopez dan Albert Arenas, yang mara ke hadapan untuk mencabar Dalla Porta, memisahkan mereka dari pelumba yang lain. Tetapi Lopez kemudiannya sedikit terkebelakang dan pada masa yang sama Arenas melewati Dalla Porta untuk mengetuai perlumbaan.
Dalla Porta cuba mencuri kemenangan di selekoh terakhir tetapi gagal apabila Arenas terlalu pantas melintasi garisan penamat, dengan Dalla Porta menamatkan penentuan tempat keenam tahun ini.
Dia masih mendapat manfaat daripada isu yang menimpa Canet dan Arbolino dan memperluaskan kejuaraan ke 20 mata berbanding sebelumnya.
Ramirez merangkul tempat keempat manakala pelumba Sky VR46, Dennis Foggia dan Celestino Vietti melengkapkan kedudukan enam teratas.
Kaito Toba, pelumba Honda Team Asia menduduki tempat ketujuh dari Stefano Nepa (Avintia), yang menghasilkan pencapaian terbaiknya di Moto3 pada tempat kelapan. Raul Fernandez (Angel Nieto) dan Arbolino menduduki tangga 10 teratas.
Selain Fenati, Niccolo Antonelli, Jaume Masia, Can Oncu yang berehat pada hujung minggu akibat kecederaan, Gabriel Rodrigo menyertai mereka apabila cedera pada kaki kanannya pada sesi pemanasan disebelah pagi.