Adakah Chevrolet mahu jadi McLaren dengan Corvette C8 Convertible ini?

2164

Chevrolet menjadi kontroversi beberapa bulan lepas dengan Corvette C8 Convertible baharu mereka, meninggalkan layout enjin depan yang menjadi identitinya. Susunan enjin depan ini adalah bertentangan dengan jentera-jentera eksotik dari Eropah.

Tapi pantang itu telah dilanggar dengan penghasilan C8 yang mempunyai konfigurasi MR atau enjin tengah. Kini pengeluar Amerika itu kekalkan pantang lain dengan Corvette C8 Convertible 2020.



Chevrolet berkata bahawa Corvette C8 dibangunkan dari awal untuk menjadi convertible, boleh diagak kerana Corvette sebelum ini semuanya mempunyai variasi convertible. Cuma dengan Corvette C8 ini, ia hanya hadir dalam bentuk hardtop (bumbung keras) kerana ianya lebih mudah untuk konfigurasi enjin tengah.

Bumbung itu adalah unit dua-keping yang akan dilipat di bawah tonneau belakang menggunakan kuasa elektrik dan bukannya hidraulik seperti Corvette sebelum ini.

Cermin belakangnya dipisahkan dari mekanisme bumbung dan boleh dinaik atau diturunkan secara berasingan. Ini bergantung kepada sama ada mahu lebih bunyi enjin ke dalam kabin atau mahu menjadikannya sebagai pengalih angin.

Chevrolet tidak mendedahkan sebarang angka rasmi untuk berat, namun convertible ini tidak memerlukan sebarang pengukuhan struktur, jadi rasanya penambahan berat pasti sangat minima dari berat 1,527kg pada versi coupe.

Aspek janaan kuasa Corvette Convertible adalah serupa dengan coupe, iaitu enjin pushrod 6.2-liter V8 yang dihubungkan dengan transmisi dwi-klac automatik 8-kelajuan dari Tremec.

Output juga serupa, 495hp pada 6,450rpm dan 637Nm tork pada 5,150rpm. Namun catatan 3.0 saat untuk pecutan ke 100km/j pasti bertambah sedikit untuk convertible ini.

Harga di Amerika Syarikat belum dipastikan, namun ia dijangka USD7,500 (RM31,392) lebih dari Corvette coupe, yang bermula pada USD59,995 (RM251,115). Seperti juga Corvette C7 sebelum ini, versi pemanduan stereng kanan telah disahkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here