Hafizh Syahrin kecewa dengan prestasi jentera

2138

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kecewa dengan prestasi jentera Red Bull KTM Tech 3 selepas menamatkan Grand Prix (GP) Thailand di kedudukan ke-20.

Hafizh yang bakal meninggalkan pasukan itu hujung musim ini mengakui sangat sukar untuknya mengendalikan jentera sekali gus gagal memperbaiki kedudukan dan bersaing dalam kelompok lebih baik.



“Saya tidak tahu apa berlaku kepada jentera kerana saya berasakan seakan tiada kuasa. “Mungkin kerana faktor cuaca selain enjin juga sangat panas. Ketika keluar dari selekoh, saya kehilangan banyak masa berbanding pelumba lain.

“Saya hanya dapat memperbaiki masa ketika membrek masuk ke selekoh dan selepas itu kehilangan masa semula. Saya sudah tidak boleh laju lagi walaupun saya sudah mencuba lebih 100 peratus. Saya tak akan berputus asa dan terus berjuang untuk GP Jepun pula,” katanya. Sementara itu, Hafizh Syahrin bakal mengumumkan pasukan akan disertainya musim depan menerusi satu sidang media esok.

Meskipun belum mendedahkan nama pasukannya itu, namun laporan yang dipetik menerusi laman web permotoran crash.net sebelum ini menyatakan dia akan kembali beraksi di Moto2 musim depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here