Pengurus pasukan Repsol Honda tidak akan lepaskan Marquez, yang telah menjulang kejuaraan kelapannya baru-baru ini. Marc Marquez mungkin ‘kekal’ bersama pasukan yang telah memberikan 6 gelaran kejuaraan dunia MotoGP kepadanya itu. Marc Marquez akan diberi kontrak seumur hidup oleh Repsol Honda dan akan memusnahkan harapan pasukan lain untuk merekrut juara dunia 8 kali itu.
Pengurus pasukan Repsol Honda, Alberto Puig secara terang-terangan mengatakan bahawa Honda tidak lepaskan Marquez dan merancang untuk memberi kontrak selama-lamanya kepada Marquez.
Banyak gelaran dan rekod dunia yang diperoleh oleh March Marquez sejak memulakan kerjayanya di MotoGP dengan Pasukan Repsol Honda. Jadi, faktor itu adalah penyebab utama Marquez diberikan kontrak kekal dari pasukan Repsol Honda.
“Sudah tentu, kami mahu Marc Marquez terus bersama kami dan menamatkan kerjaya perlumbaannya di Honda,” kata Alberto Puig.
Setakat ini, Alberto Puig amat berpuas hati dengan prestasi pelumba dan pasukan itu dan berjanji untuk memberikan yang terbaik bagi mengekalkan prestasi terbaik ketika ini.
“Kami akan cuba memberikan sokongan sebaik mungkin untuk Marc (Marquez) dan segala yang kita perlu lakukan,” tambah Alberto Puig.
Marc Marquez telah meraih gelaran ke tujuh kejohanan dunia dalam semua kategori (GP 125, Moto2 dan MotoGP) dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2019. Kejayaan ini membuatkan dia diantara pelumba MotoGP paling menyerlah daripada pelumba lain.