Drive 4 Paul Malaysia 2019 dengan penampilan istimewa Cody Walker

3791

Tourism Malaysia bersama penganjur Retro Havoc dan Reach Out World Wide (ROWW) melakukan kolaborasi untuk menganjurkan pameran kereta Drive 4 Paul di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada 12 Oktober ini.

Acara yang bertujuan acara amal itu menggunakan platform Retro Havoc yang kini sudah ia sudah memasuki tahun keenam sejak mula diperkenalkan pada 2014.



Tahun ini, Retro Havoc menjemput ROWW dan Cody Walker, adik kepada mendiang Paul Walker yang terkenal dalam siri filem Fast & Furious.

Buat pengetahuan anda, ROWW adalah syarikat bukan berasaskan keuntungan yang berdaftar di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh mendiang Paul Walker bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia.

Program amal itu akan mengadakan acara pameran kereta pada 12 Oktober ini dan turut menganjurkan konvoi istimewa ke Litar Antarabangsa Sepang pada 13 Oktober 2019.

Drive 4 Paul tahun lalu sudah diadakan di Jepun pada tahun lalu dan kali ini ia akan diadakan di Malaysia buat kali pertama.

Semua hasil jualan dan penyertaan kira-kira 480 kenderaan akan disalurkan ke ROWW untuk program kebajikan membantu golongan yang terbabit dengan bencana alam. ROWW sebelum ini pernah melalukan program amal di rantau Asean membabitkan Indonesia dan Filipina.

Pada acara ini nanti, ia akan dipenuhi dengan kenderaan replika Fast & Furious seperti Nissan Skyline R34, Ford Escort MK1, Subaru Impreza dan banyak lagi.

Majlis sidang media Drive 4 Paul diadakan di Institut Automotif Robotik Dan IOT Malaysia (MARii) Cyberjaya. Ia turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif ROWW, Cody Walker.

Acara Drive 4 Paul itu akan diadakan seperti berikut:

  • Tempat: Bandar Malaysia, Sungai Besi
  • Tarikh: 12 Oktober 2019
  • Masa: 10 pagi sehingga 6 petang
  • Tiket: RM10 setiap seorang

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here