Baru-baru ini Night Gathering Pahang Honda Community telah diadakan di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang.
Acara itu dianjurkan oleh Pahang Honda Community (PHC), HCTeaM, dan Platinum Oil Indera Mahkota dan telah menghimpunkan kira-kira 600 peserta dan kenderaan masing-masing.
Peserta mula tiba sekitar 6:00 petang dan acara berlangsung sehingga kira-kira 11:30 malam. Antara jemputan utama adalah Kanjozoku Motorsport, Zalpro, kelab-kelab Honda dan VVIP dari Honda Day Malaysia.
PHC pernah diadakan pada 2015 dan tiada edisi lain pada tahun-tahun berikutnya. Namun hasil kerjasama penganjur serta penaja seperti kanjozoku, Flowers majesti, Kustom Printing, Zalpro dan Restoran Nasi Kukus Iman, PHC kembali lagi pada 2019.
Kali ini ia diberi nama khusus Night Gathering kerana acara perhimpunan diadakan pada waktu malam. Ia juga mendapat sokongan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Kospec.
PHC kali ini bertujuan untuk mengetengahkan lagi badan itu sebagai komuniti yang aktif dalam permotoran negara ini serta mempromosikan acara akan datang.
Menariknya, PHC juga diberikan penghormatan dan diiktiraf sebagai acara penutup rasmi Road Tour Honda Day 2019.
Antara jentera yang turun memeriahkan suasana adalah Honda Accord, City, berbagai generasi Civic (EF, EK, EG, FB, FC, FD, FK, EP, ES), Honda Jazz, Honda Integra, BR-V, CR-Z, Stream dan Odyssey. Malah, Nissan GT-R R35 pun ada!
Yang penting semua peserta sporting dan enjoy dengan suasana meriah acara.
Diharapkan PHC boleh menjadi acara tahunan dan mendapat lebih banyak penyertaan di masa akan datang!
Berikut adalah senarai kelab yang terlibat:
- CFDC
- HCTTG Eastern Crew
- Accord G7 Pekan
- HCOC (owner)
- GD8 MALAYSIA
- MY⭕DYSSEY PAHANG
- MyStreamClub
- TeamES
- FDMC
- MHCC
- HBOC (BRV Club)
- CFBM
- GM2 Malaysia
- PCFC
- GM6 Society
- SIXGEN
- F3GKD
- GM2 MALAYSIA (Pahang)
- HCT page (Malaysia Crew)
- Ek4door
Gambar dan maklumat oleh: Raziman Sipico