BMW 2-Series Gran Coupe bakal mencabar Mercedes GLA

2273

BMW telah memaparkan gambar model terbaru iaitu BMW 2-Series Gran Coupe, menjelang pengenalannya di Los Angeles Auto Show.

Bersedia untuk menyaingi Mercedes CLA, BMW 2-Series Gran Coupe akan diletakkan di bawah 3-Series apabila ia dilancarkan pada musim bunga yang akan datang. Bagaimanapun, tidak seperti 1-Series Sedan, model itu akan ditawarkan dalam pelbagai pasaran termasuk Amerika Syarikat.



Butiran lengkap akan diumumkan tidak lama lagi, tetapi Gran Coupe 2-Series akan menggunakan platform ULK pacuan roda-depan syarikat itu.

Berdasarkan kepada gambar, kereta itu dilihat akan mempunyai gril menyerlah yang diapit oleh lampu yang langsing. Kita juga boleh melihat bampar depan yang agresif dengan ruangan kemasukan udara yang besar.

Imej sporti diteruskan lagi dengan jentera ini mempunyai hud enjin agresif, bumbung yang miring dan pandangan belakang yang bergaya disertakan dengan spoiler bersepadu. Kita juga boleh melihat garisan karakter menyerlah, dan lampu belakang langsing.

Pelbagai jenis enjin akan tersedia dan para pelanggan AS dapat menantikan varian 228i dan M235i. Varian 228i akan disediakan dengan enjin empat silinder 2.0-liter turbo yang menghasilkan sekitar 228hp dan 349Nm tork. Ia akan disambungkan ke transmisi automatik lapan kelajuan yang menghantar kuasa kepada sistem pacuan semua-roda.

Varian M235i juga disertakan dengan enjin empat silinder 2.0-liter turbo, tetapi ia menghasilkan 302hp dan 450Nm tork. Model ini juga akan mempunyai sistem pemanduan semua roda dan kotak gear automatik lapan kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here