Harley Davidson hentikan pengeluaran motosikal elektrik

1208

Harley Davidson Inc berkata ia menghentikan pengeluaran dan penghantaran motosikal elektrik pertamanya selepas menemui kepincangan dalam pemeriksaan kualiti akhir.

 



Harley Davidson berkata, ia telah menemui “keadaan bukan standard” pada LiveWire, yang mana ia mula dihantar kepada pengedar lewat bulan lalu, menyebabkan ujian tambahan dan analisis terpaksa dilakukan.

Walaupun syarikat itu berkata ujiannya sedang berjalan dengan baik, ia tidak menawarkan garis masa bila pengeluaran akan diteruskan.

Saham Harley susut susulan berita itu dan dagangan sahamnya susut satu peratus untuk ditutup pada AS$34.73.

Syarikat itu mensasar pengenalan motosikal elektrik bagi menarik generasi muda dan penunggang yang lebih peka alam sekitar bagi mengembalikan jualan Amerika Syarikat (AS) yang merosot.

LiveWire yang berharga AS$29,799 tersedia bagi pratempahan di AS sejak Januari. Sebahagian besar pesanan untuk motosikal itu datang daripada pelanggan sedia ada dan lama, kata pengeluar motosikal itu. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here