Adakah ini Volkswagen Golf yang baru?

2183

Volkswagen baru-baru ini telah mengumumkan tarikh keluaran Volkswagen Golf yang baru pada 24 Oktober di Wolfsburg, Jerman.

Pada mulanya Volkswagen merancang untuk melancarkan Volkswagen Golf yang baru ini pada Februari 2019 dan kemudian dipindahkan ke September 2019 dan kini ia bersedia untuk dilancarkan.



Golf baru ini akan dilengkapi dengan lebih banyak ciri digital dan sambungan berbanding dari Golf Volkswagen sebelum ini. Ia akan disediakan dengan lebih banyak inovasi dan juga reka bentuk yang menarik, berterusan dari generasi terdahulu.

Sambungan

Dalam model baru, kekuatan yang menjadikan Golf sebagai model terlaris global telah diperhalusi lagi. Di samping julat enjin cekap yang baru, suspensi yang lebih baik menawarkan peningkatan dalam ketangkasan memandu. VW Golf yang baru ini juga akan menjadi trend-setter dari segi kabinnya di mana terdapat ciri-ciri assisted driving disediakan.

Reka Bentuk

Reka bentuk luaran VW Golf baru akan menjadi lebih dinamik berbanding sebelum ini dan ia akan mudah dikenali sebagai Golf berdasarkan semua aspek.

Ciri-ciri Kabin 

Di dalam VW Golf ini akan ada papan pemuka baru yang akan kelihatan berbeza sama sekali daripada model Volkswagen semasa yang dijual. Warna dan ciri yang menarik disertakan untuknya kelihatan mewah, upholsteri yang mewah dengan aliran terkini digunakan dan kokpit digital baru digunakan oleh Kumpulan VW dalam semua modelnya akan digunakan dalam Golf ini.

VW juga memaklumkan bahawa Golf baru juga akan dijual dengan sistem hibrid yang akan berfungsi dengan sistem elektrik 48V, untuk kali pertama dalam sejarah model ini.

Akan ada pelbagai enjin petrol dan juga versi hibrid plug-in yang dirancang dengan jarak pemanduan EV sehingga 80km.

Jualan Volkswagen Golf generasi baru di Eropah akan bermula pada akhir bulan Februari tahun depan. VW Golf baru ini akan muncul buat kali pertama di pasaran Jerman dan kemudian hanya di negara-negara Eropah yang lain diikuti dengan versi pemanduan stereng kanan untuk Asia menjelang akhir tahun 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here