Saleen GT4 diperkenalkan dengan 450hp

1282

Saleen tidak asing lagi dengan perlumbaan GT, dan tawaran terkininya iaitu Saleen GT4 bertujuan untuk membawa pengalaman yang lebih menarik kepada pemandu yang mempunyai kemahiran yang berbeza-beza.

Pada hari Khamis di Las Vegas, syarikat itu telah mendedahkan GT4, sebuah kereta berkonsep perlumbaan, yang diilhamkan berdasarkan Saleen 1 dan bertujuan untuk bersaing dalam siri GT4 SRO Motorsport Group. Saleen merancang untuk membina kereta itu di Corona, California, bermula pada bulan November, dan akan membukan pesanannya. 



Saleen mendedahkan kereta perlumbaan turbocharged semasa sidang media yang diadakan di Hotel Bellagio dan Casino di Las Vegas, dan berkata jentera ini direka untuk bersaing dalam pelbagai siri di seluruh dunia. GT4 memberikan perubahan kepada Saleen 1, termasuk rekabentuk yang telah dikemas kini.

Konsep GT4 dikemaskini pada pembahagi depan dan fendernya, serta diffuser belakang baru untuk meningkatkan aerodinamik. Kereta konsep juga menawarkan sistem brek ABS depan dan peralatan GT4 yang lain.

Dengan enjin empat silinder turbo 2.2-liter yang menghasilkan 450hp, ditambah dengan gentian karbon yang merangkumi casis mid-engine, versi GT4 mempunyai banyak potensi untuk menyampaikan satu pengalaman yang menarik semasa di litar perlumbaan. Setiap 1 unit GT4 akan dijual bermula dengan harga US$225,000 (RM941,962).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here