Honda Motor Co., Ltd. telah mendedahkan Fit (atau dikenali sebagai Honda Jazz 2020 di sini) serba baharu di Tokyo Motor Show 2019 yang ke-46.
Tanpa berkompromi dengan kabin luas dan penggunaan ruang yang baik seperti dikenali dengan model-model sebelum ini, Fit generasi ke-4 ini juga dibangunkan untuk menepati standard global kereta kompak hari ini.
Versi hibrid Fit ini akan menjadi model Honda pertama yang dilengkapi sistem hibrid 2-motor. Ia dibangunkan untuk mencapai prestasi mesra alam dan pemanduan selesa pada masa yang sama. Versi ini akan didatangkan sebagai sebahagian dari model e:HEV*.
4 dimensi keselesaan:
- Pemandangan selesa – Struktur seksyen bersilang membolehkan tenaga mengalir dengan baik jika berlaku perlanggaran. Di samping itu, ia memberikan penglihatan ke luar yang luas dan mudah berbanding model sebelum ini.
- Keselesaan tempat duduk – Fit merupakan model pertama yang menampilkan tempat duduk penstabilan badan generasi baharu. Ia menjamin keselesaan untuk pemanduan jarak jauh.
- Keselesaan perjalanan – Dengan teknologi 2-motor hibrid, ia direka untuk perjalanan dan pergerakan yang lancar dan pecutan berkuasa.
- Keboleh-gunaan – Di samping mengekalkan kabin yang luas, Fit baharu ini menawarkan lebih keboleh-gunaan dengan pelbagai susun-atur dibolehkan untuk tempat duduk.
5 varian untuk karakter berbeza:
- BASIC – Varian asas untuk rekabentuk berkualiti dan keselesaan penumpang. Rekaan luar juga lebih ringkas.
- HOME – Membawakan rekabentuk menenangkan dan ruang yang direka khas dengan kualiti dan visual yang baik. Terdapat tepat duduk fabrrik berkualiti, stereng bersalut kulit asli, dan padding lembut Prime Smooth.
- NESS – Menampilkan koordinasi warna eksotik dan bahan kalis air untuk permukaan panel instrumen. Ia juga versi sporti dan bergaya untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan aktif.
- CROSSTAR – Versi ini mempunyai rekabentuk luaran yang unik berserta rim aluminium 16-inci yang cantik untuk persekitaran bandar dan luar rumah. Terdapat juga bahan kalis air dan padding lembut di kabin.
- LUXE – Paling utama pada versi ini ialah penggunaan ruang untuk gaya elegan dan selesa. Terdapat tempat duduk kulit asli di dalam, dan gaya platinum dengan rim aluminium 16-inci di luar.
Honda Fit atau Jazz 2020 ini juga dilengkapi dengan tekonologi keselamatan terkini. Honda SENSING didatangkan dengan kamera depan baharu yang lebih luas.
Honda juga menggunakan Fit untuk memperkenalkan modul komunikasi pemanduan Honda CONNECT. Ia merangkumi fungsi kawalan jauh menggunakan telefon pintar, sokongan servis kecemasan, dan “rush over” yang akan memanggil sekuriti sekiranya situasi kurang normal dikesan pada kereta.
Apa pendapat anda mengenai Fit/Jazz baharu ini? Adakah kita akan mendapat semua pilihan varian di Malaysia nanti?