Peserta bawa pulang telefon Huawei, tiket Grandstand MotoGP dalam kempen Go Race With Eneos

2060

Mayshowa hari ini mengakhiri fasa satu kempen jalanan (road tour campaign) Go Race With Eneos yang berlangsung dari 14 hingga 23 Oktober 2019 baru-baru ini.

Seramai 12 pemenang kesemuanya membawa pulang pelbagai hadiah lumayan cabutan bertuah, antaranya telefon pintar Huawei Nova 4e dan tiket Grandstand untuk MotoGP Malaysia 2019 tidak lama lagi.



Kempen ini adalah inisiatif terbaharu Mayshowa untuk mempromosikan rangkaian minyak enjin motosikal Eneos, yang membawa tagline “Japan’s No.1 Oil Company”.

Kempen Go Race With Eneos juga merupakan sebahagian dari aktiviti syarikat itu menjelang kejuaraan MotoGP Malaysia 2019 pada 1 hingga 3 November nanti. Eneos juga merupakan penaja rasmi pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Selepas upacara penyampaian hadiah itu, diadakan flag-off ringkas untuk dua buah kenderaan roving team Eneos lengkap dengan pelekat Eneos di badan.

Kenderaan roving team ini telah membuat 12 hentian di pusat-pusat servis motosikal di Lembah Klang dan akan menyambung perjalanannya sehingga pertengahan November, melengkapkan jumlah 44 hentian yang dirancang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here