Pelumba dari Red Bull KTM Ajo, Brad Binder muncul juara Moto2 Australia 2019 di litar Phillip Island pada hari Ahad.
Cuaca di litar Phillip Island nampaknya agak tidak baik seperti semalamnya, kerana pada hari Sabtu, angin kencang menyebabkan kelayakan MotoGP ditunda dan menyebabkan beberapa penunggang mengalami kemalangan dan kesukaran untuk bersaing.
Kedudukan pertama pada permulaan perlumbaan diduduki oleh pelumba dari pasukan Beta Tool Speed Up, Jorge Navarro, yang kelihatan mengagumkan semasa sesi latihan Moto2 semalam.
The 6th victory of his #Moto2 career! 🔝@BradBinder_41 reigns supreme! 🏆#AustralianGP 🇦🇺 pic.twitter.com/oNLIJGw5uJ
— MotoGP™ 🇦🇺 (@MotoGP) October 27, 2019
Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Brad Binder yang berada di grid kedua meluru pantas untuk mengetuai perlumbaan di kedudukan hadapan.
Sempat terjadi perebutan posisi pertama yang membuatkan jarak beberapa pelumba sangat dekat. Hal ini menyebabkan terjadinya satu kemalangan yang membabitkan Luca Marini dan Marco Bezzecchi yang terjatuh kerana menyentuh tayar belakang Iker Lecuona.
Kejadian itu membuatkan Iker Lecunoa diberikan penalti, kerana menyebabkan pelumba lain mengalami kemalangan.
Disaster immediately! 😱@LecuonaIker dives up the inside of @Marco12_B and @Luca_Marini_97 and they all go down! 💥#AustralianGP 🇦🇺 pic.twitter.com/1G0hgY6pta
— MotoGP™ 🇦🇺 (@MotoGP) October 27, 2019
Berlaku saingan sengit di barisan hadapan antara pelumba KTM, Brad Binder dan Jorge Martin dalam perlumbaan untuk tempat pertama.
Di belakangnya ialah Thomas Luthi yang meneruskan peluang untuk berlumba, namun malangnya jaraknya dengan pelumba KTM itu sudah terlalu jauh.
Sehingga akhir perlumbaan, duo KTM, Brad Binder dan Jorge Martin terus memimpin perlumbaan hingga ke garisan penamat.
Akhirnya Brad Binder muncul juara Moto2 Australia yang berlangsung di litar Phillip Island. Diikuti oleh Jorge Martin di tempat kedua dan Thomas Luthi di kedudukan ketiga.
Senarai keputusan 10 teratas kejuaraan Moto2 2019.
1. Brad Binder (Red Bull KTM Ajo)
2. Jorge Martin (Red Bull KTM Ajo) + 1.968
3. Tom Lüthi (Dynavolt Intact GP) + 6.021
4. Jorge Navarro (Beta Tools Speed Up) + 8.151
5. Lorenzo Baldassarri (FlexBox HP 40) + 8.806
6. Remy Gardner (ONEXOX TKKR SAG Team) + 8.955
7. Iker Lecuona (monday.com American Racing) + 9.455
8. Alex Marquez (EG 0,0 Marc VDS) + 10.055
9. Stefano Manzi (MV Agusta Temporary Forward) + 10.699
10. Tetsuta Nagashima (ONEXOX TKKR SAG Team) + 11.132