Orang-orang yang obses ini merasa cinta terhadap kereta sendiri, mereka juga meminta untuk dikebumikan bersama kereta mereka apabila mereka meninggal dunia.
Mencintai kereta biasanya ditafsirkan sebagai melakukan penyelenggaraan rutin. Jarang orang yang sanggup membelanjakan wang dan masa untuk menjaga kenderaan mereka untuk terus kekal kelihatan baru ataupun dari segi pengubahsuaian.Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan sesetengah orang ini.
Dipetik dari Otosia.com, berikut orang yang dikebumikan bersama kereta mereka:
Maserati Rick
Cerita pertama berasal dari seorang raja dadah bernama Richard “Maserati Rick” Carter Sr. dari Chicago, Amerika Syarikat. Apabila dia meninggal pada usia 29 tahun, tepat pada tahun 1988, dia dikebumikan bersama kereta kegemarannya yaitu Maserati.
Di samping itu, keranda Richard diperbuat dari perak dan berbentuk menyerupai Mercedes-Benz, lengkap dengan tayar. Selain itu, dana yang dihabiskan untuk proses kematiannya mencecah USD 16.000, bersamaan dengan RM66,905.
Sandra West
Seorang sosialis kaya dari Hollywood bernama Sandra West juga dikebumikan dengan kereta beliau. Dia dikkhabarkan telah meninggal dunia pada tahun 1977 kerana overdos dadah.
Tidak menggunakan keranda, tubuhnya diletakkan di sebuah kereta yang sangat jarang dari Itali, yaitu Ferrari 330 America keluaran tahun 1964. Sportcar ini tersedia hanya 50 unit di dunia.
Chiquinho Scarpa
Walaupun masih hidup, Chiquinho Scarpa, ahli perniagaan kaya dari Brazil telah merancang tentang proses pengebumian dirinya sendiri. Tidak menggunakan keranda, dia memilih sebuah kereta mewah, iaitu Bentley.
Dia juga membelanjakan sebanyak USD 500 ribu (RM2090800) untuk membeli jentera dari British itu. Scarpa juga telah menyampaikan rancangan ini kepada komuniti yang lebih luas melalui media tempatan Brazil.