Titik buta atau blindspot kenderaan boleh membahayakan penunggangnya. Jadi, para pemandu perlu memahami di mana tempat titik buta kenderaan, walaupun hanya titik buta pada motosikal.
Dipetik dari Otosia.com, kawasan titik buta pada motosikal adalah di belakang penunggang atau secara tepatnya adalah 1/4 bahagian belakang motosikal. Para penunggang motosikal seharusnya menghindari dari titik buta ini.
Berikut adalah cara untuk menghindari kawasan titik buta motosikal:
Cermin pandangan belakang
Jangan menukar cermin pandangan belakang sesuka hati anda. Cermin standard kilang telah direka khusus untuk mengurangkan kawasan titik kepada tahap minimum. Oleh itu, menggunakan cermin standard kilang adalah cara paling mudah untuk mengelakkan titik buta.
Cermin pandangan belakang mengikut kesesuaian
Tetapkan keadaan cermin pandangan belakang motosikal dengan baik dan mengikut kesesuaian anda. Melaraskan cermin pandangan belakang di kedudukan yang betul juga boleh mengurangkan kawasan titik buta ke tahap yang paling minimum.
Mesti gunakan lampu isyarat
Keberadaan lampu isyarat sering diabaikan, terutamanya jika anda membelok ke sebelah kiri atau kanan. Lampu isyarat ini juga boleh digunakan untuk memberi amaran kepada kenderaan lain pada bahagian hadapan dan belakang. Terutamanya bila anda ingin memotong kenderaan lain.